"Ingatkan gigi atau bibir dia yang berdarah, tengok jari dia terkulai. Ya Allah, tercabut dah jari anak aku," demikian kata Hani Syahirah Nordin mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada Julai tahun lalu.
Akibat dari kejadian itu, anak bongsunya, Irsa, terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung semula jarinya itu.
Menceritakan semula kronologi kejadian, Hani berkata, sebelum itu dia sedang fokus memasak di dapur dan tba-tiba terdengar bunyi kerusi terjatuh dan anaknya menangis.
"Masa itu tengah masak kurma. Selepas letak santan, saya fokus sebab tak nak pecah minyak. Masa itu dah dengar kerusi berbunyi-bunyi, memang Irsa, anak ketiga saya gemar bermain kerusi. Okey, dalam hati "okey je tu", sambil kacau kuah kurma.
"Tiba-tiba terdengar bunyi kerusi jatuh, kuat, sambil Irsa menangis. Terus saya pergi tengok. Ya Allah, darah! Ingatkan gigi atau bibir dia berdarah, tengok-tengok jari dia terkulai.
"Saya pegang pergelangan tangan dia kuat-kuat, cari kain untuk balut sambil mulut menjerit bagi arahan kepada Haqq, anak sulung untuk ambil beg dan letak barang-barang di dalam serta ikut sekali.
"Cari kunci kereta, tak jumpa. Call suami pula tak dapat-dapat, hati dah naik geram. Rupa-rupanya suami ada operasi. Saya terus sarung jubah, pakai tudung, kunci pintu dan turun pergi ke rumah jiran Cina minta tolong hantar ke hospital," tulisnya di Facebook pada 2 November lalu.
Menurut doktor, Irsa perlu dibedah kerana jarinya hampir putus seperti buah anggur yang dipicit, seperti itulah jari Irsa dan mujur tulangnya tidak mengalami keretakan.
"Malam sebelum pembedahan, memang saya menangis saja tengok Irsa. Dia elok ceria. Rasa bersalah sangat-sangat. Malam itu ujian kena puasakan dia yang menangis nak susu. Macam-macamlah caranya. Sepanjang malam memang tak tidur. Kasihan sangat dengan dia.
Setelah selamat menjalani pembedahan, doktor memaklumkan proses penyembuhan mungkin makan masa dua hari di mana jari itu akan bersambung atau jika sebaliknya, ia akan menjadi hitam dan terputus sendiri.
"Memang selepas kejadian itu, setengah tahun kami makan di atas lantai. Terus simpan kerusi dalam bilik," katanya.
Hani tidak menyangka kejadian itu boleh menyebabkan kesannya yang begitu teruk. Justeru menasihatkan ibu bapa yang lain tidak mengambil mudah dan tidak membiarkan anak bermain kerusi tanpa pengawasan orang dewasa.
Sumber: Hani Syahirah Nordin
from The Reporter https://ift.tt/2OzVXI7
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PhVcJ0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment