loading...

Friday, 9 November 2018

Budak 3 tahun maut didera bapa tiri


Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirawat di Hospital Ampang semala dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya. 

Ketua polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia tiga tahun itu mengalami patah tulang belakang berhampiran kepala, selain terdapat banyak kesan lebam di muka dan badan. 

"Ibu dan bapa tirinya menghantar mangsa ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang kerana mangsa tidak sedarkan diri. Mangsa didapati mempunyai banyak kesan luka dan lebam di muka, perut, dada serta bahagian belakang. 

"Selepas 30 minit dirawat, mangsa meninggal dunia sebelum pegawai perubatan yang merawatnya membuat laporan polis," katanya. 


Difahamkan, pasangan terbabit terus meninggalkan hospital sebaik saja menghantar mangsa ke hospital. Kedua-duanya dipercayai melarikan diri. 

Polis sedang giat memburu pasangan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Semakan rekod polis mendapati, suspek lelaki pernah ditahan polis sebelum ini dibebaskan semula selepas adiknya membuat laporan polis berhubung suspek yang berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini dan sering bergaduh dengan ibu mereka. 

Menurut adiknya, Khairul Mustaffa Khairuddin, 30, berkata, dia tidak pernah nampak abangnya naik tangan pada isteri dan anaknya. Namun ketika abangnya menumpang di rumah ibu mereka dua bulan lalu, dia menyedari ada kesan lebam pada muka anak saudaranya itu. 

“Kami sekeluarga tidak tahu jika dia memang mendera anak lelaki itu. Tapi apa yang saya tahu, dia tidak pernah menyentuh dua lagi anaknya. 

“Sebelum ini dia okay. Sejak akhir-akhir ini dia seolah-olah berkelakuan pelik. Selepas dibebaskan polis, dia pulang semula ke rumahnya di Bukit Indah, beberapa hari lalu.

“Kami sekeluarga terkejut apabila mendapat tahu perkara ini. Malah dia melarikan diri bersama isterinya dengan membawa seorang anak yang berusia setahun.


“Saya bimbang jika berlaku apa-apa kepada isteri dan anak saudara dibawanya. Saya minta dia supaya pulang dan menyerah diri kepada polis, jika benar dia mengalami masalah mental, biarlah pihak hospital merawatnya," katanya. 

Seorang pekerja di premis berdekatan kediaman lelaki itu berkata, dia pernah melihat mangsa yang berusia tiga tahun itu dan sama sekali tidak menyangka kanak-kanak itu akan meninggal dengan cara begitu.

“Saya terbayang-bayang wajahnya yang riang, namun tidak sangka dia berhadapan masalah seperti itu (didera),” katanya yang beberapa kali mengucapkan istighfar.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2JOUxbM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2POyIyF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...