loading...

Friday, 23 November 2018

(Video) Bayi 'Hari Kekasih' dibuang di tepi jalan


Seorang remaja menemui bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan di tepi jalan di Taman Seri Ampang, Alor Setar, Khamis lalu. 

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada jam 6 petang dalam keadaan dibaluti kain batik sebelum dibawa pulang ke rumah dan remaja itu memaklumkan kepada keluarganya. 

Menurut remaja terbabit, sebelum itu dia ternampak kehadiran dua orang lelaki yang menunggang motosikal di kawasan itu, meninggalkan bungkusan kain batik tersebut di tepi jalan. 

Terkejut dengan penemuan yang tidak disangkakan itu, mereka kemudian menghubungi dan memaklumkan penemuan bayi itu kepada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. 

Pasukan perubatan kemudian melakukan pemeriksaan terhadap bayi itu dan menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan itu dan setakat ini bayi itu masih berada di HSB. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita baharu bersalin atau dalam keadaan mencurigakan diminta memaklumkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.



Sumber; Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2R9YMBL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DH8983
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...