Sudah menjadi kebiasaan untuk para pengguna jalan raya memberi keutamaan kepada kenderaan seperti ambulans, bomba, polis atau VIP yang adakalanya muncul di lebuhraya.
Walaupun sebahagian dari kita mengerti rasa timbang rasa, namun ada juga yang masih enggan memberikan kerjasama dan dalam kes baru-baru ini mungkin akan membuatkan anda berfikir dua kali sebelum bertindak kurang cerdik.
Seorang ejen insurans berusia 32 tahun baru-baru ini mengaku bersalah kerana tidak memberi laluan kepada konvoi polis VVIP semasa di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).
Pendakwaan dibacakan terhadap pemandu terbabit, Leong Kean Beun, di Mahkamah Majistret di Tapah, Perak, 31 Oktober lalu.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Khamis lalu, 25 Oktober, jam 5.20 petang di KM351 dari NSE di mana Leong yang memandu Toyota Lexus didakwa berulang kali menghalang laluan konvoi VVIP di belakangnya.
Pemandu itu kemudian dilaporkan kepada pihak polis dan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang pegawai awam menjalankan tugas awamnya. Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000.
Selepas mengaku bersalah di atas perbuatannya itu, Leong dihukum denda RM5,000 dan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika gagal membayar denda itu mengikut tempoh masa yang diberikan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri, manakala tertuduh diwakili Amani Williams Hunt Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Sumber: Front Desk, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2JB6Rwo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qnPZAt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment