loading...

Thursday 1 November 2018

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah


Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah di Pangsapuri Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak, hari ini. 

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam. 

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, sepasukan polis dikerahkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan berkenaan. 

Anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian bagaimanapun mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti ibu bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2SC44XN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qlCb9l
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...