loading...

Tuesday 6 November 2018

Budak perempuan dirogol sekumpulan lelaki termasuk kakitangan hospital ketika ditempatkan di ICU


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dirogol oleh kakitangan hospital dna empat lagi lelaki lain, lapor Mirror

Mangsa diserang secara seksual ketika ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Uttar Pradesh, India. 

Menurut laporan Sky News, mangsa datang ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan selepas dipatuk ular.

Pegawai polis, Mahesh Srivastava berkata, mangsa telah memaklumkan kejadian itu kepada neneknya dimana di dirogol oleh kakitangan hospital dan empat lagi yang lain pada malam Sabtu. 

Polis telah menahan seorang suspek, manakala empat lagi suspek masih diburu. 

Pegawai penyiasat juga telah meminta rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dan cuba mengetahui mengapa mangsa ditinggalkan seorang diri di ICU. 


from The Reporter https://ift.tt/2zvLR5r
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ovcg90
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...