loading...

Sunday, 7 October 2018

'Terkena kuman dari kucing'


Ramai yang suka membela kucing kerana sifatnya yang manja, comel dan sebagainya. Namun, haruslah diketahui bahawa haiwan itu boleh mendatangkan masalah sekiranya tidak divaksin. 

Puan Anna Yusof baru-baru ini berkongsi mengenai kejadian yang menimpa anaknya buat kali kedua di mana anaknya dijangkiti kuman dari haiwan itu. 

Bermula dari lepuhan yang besar akhirnya menjadi teruk seperti yang ditunjukkan pada gambar dimuat naik Puan Anna di Facebooknya pada 6 Oktober lalu. 

SEKALI lagi Muhammad Hanif Iman kena kuman dari kucing. Sebelum ini pernah kena sekali. 

Pergi klinik, jumpa doktor. Doktor terus cakap, "Ada main kucing la ni". Mula-mula timbul macam biji air besar. Then bila biji air itu pecah, terus jadi besar macam ni. 

Kucing-kucing yang dia main bukan kucing liar, semuanya kucing yang dibela. Kali ini kucing di rumah Tok Wan dia. Padahal kucing itu sentiasa dimandikan, dijaga, cuma mungkin tak dicucuk vaksin. 







Selepas ini, sesiapa yang bela kucing, bawalah kucing ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan terkena kuman dari kucing. Selepas ini, memang ibu akan kuarantin Iman dari main kucing sebab kasihan tengok dia merengek kata sakit. 

Untuk makluman, selepas anak-anak main kucing, memang saya terus mandikan anak sebab anak kedua dan ayahnya semput serta alergik pada bulu haiwan. Tetapi setiap kali main kucing, memang Iman saja yang akan kena macam ini. Nasib dia tidak berapa nak baik agaknya. 

Sumber: Anna Yusof


from The Reporter https://ift.tt/2pNFXs9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zWBN75
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...