loading...

Wednesday, 31 October 2018

Peperiksaan bagi murid Tahun 1-3 akan dimansuhkan - Menteri


Berita gembira buat ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di Tahun 1 hingga 3 di mana, peperiksaan bagi murid tiga tahap tersebut akan dimansuhkan bermula 2019. 

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, melalui Twitternya berkata, peperiksaan bagi tiga tahap itu akan dimansuhkan dan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif. 


Pengumuman Maszlee itu mendapat banyak perhatian netizen khususnya golongan ibu bapa yang menyambut baik dan positif terhadap pelaksanaan terbaru itu kelak. 

Ini kerana bagi mereka, anak-anak yang berada di tiga tahap itu tidak sesuai dibebankan dengan peperiksaan. Sebaliknya, pihak pendidik memberikan fokus pada pembentukan sahsiah para murid. 

"Setuju, tidak sesuai anak-anak darjah 1-3 dibebankan dengan peperiksaan. Sebaiknya usia ini tumpu pada pembentukan sahsiah supaya dewasa kelak menjadi beradab," - Nia @nia303

"Langkah positif ke arah menghilangkan beban peperiksaan. Namun, harap penilaian objektif yang bakal dilaksanakan jangan menjadi beban pula kepada para guru yang menghadapi masalah peningkatan "Paper Work" seperti di Tingkatan 1, 2, 3 ke arah PT3," Boo Soon Yew @boosoonyew67

"Paling penting, murid-murid tidak stress belajar. Zaman saya ke sekolah penuh rasa gembira dan suasana pembelajaran pun nyaman. Betul zaman sudah berubah, namun modal insan untuk dipasakkan pada anak-anak sangat penting. Jangan silibus subjek kemain melangit, tetapi jiwa mereka tiada mutu," - JS Jamal @JazzRichOneStop

Sumber: Dr. Maszlee


from The Reporter https://ift.tt/2qjar5t
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SAU2q3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...