“Di hati kecil kamu, hanya kamu yang tahu apa berlaku dan hanya kamu tahu apa kecederaan yang berlaku pada anak kamu. Maka bertaubatlah,” nasihat hakim Mahkamah Tinggi kepada bapa yang mengaku bersalah meliwat, melakukan seksual fizikal dan merogol anak kandung perempuannya.
Hakim Datuk Azman Abdullah berkata perbuatan dilakukan bapa berusia 37 tahun itu tidak boleh diterima dilakukan oleh seorang manusia kerana haiwan juga tidak melakukan perbuatan keji seperti itu.
Beliau menasihati lelaki itu selepas membenarkan rayuan lelaki itu selaku perayu terhadap hukuman penjara 48 tahun atas 623 tuduhan jenayah seksual yang dijatuhi Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya pada 8 September, 2017.
Bagi 623 pertuduhan itu, Hakim Azman mengurangkan hukuman penjara tertuduh dari 48 tahun kepada 40 tahun dan mengekalkan jumlah sebatan rotan iaitu 24 sebatan yang dikenakan Mahkamah Jenayah Seksual itu.
Daripada 623 tuduhan itu, perayu disabitkan dengan 591 tuduhan liwat, 30 tuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu, satu tuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa dan satu tuduhan merogol mangsa.
Bagi setiap satu tuduhan liwat, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara dari 20 tahun kepada 16 tahun, tuduhan seksual fizikal dikurangkan dari 20 tahun kepada 10 tahun dan penganiayaan seks hukumannya dikurangkan dari 15 tahun kepada 10 tahun dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak. Oleh itu perayu akan menjalani hukuman penjara 16 tahun bagi kesalahan-kesalahan itu.
Pada 1 Jun lepas, Hakim Azman mengurangkan hukuman penjara bagi kesalahan merogol dari 28 tahun kepada 24 tahun selepas membenarkan rayuan lelaki itu dan mahkamah memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara 16 tahun itu selepas selesai hukuman penjara 24 tahun.
Lelaki itu akan menjalani hukuman penjara selama 40 tahun. Selain itu, perintah-perintah yang dikenakan terhadap perayu oleh mahkamah sebelum ini dikekalkan.
Pada 8 September, 2017, perayu dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun.
Mahkamah juga memerintahkan agar perayu menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan menjalani pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara serta diarahkan membayar wang pampasan kepada mangsa berjumlah RM10,000 dan boleh dipenjara selama 12 bulan jika gagal menjelaskan denda itu.
Mahkamah juga diperintahkan untuk menyempurnakan bon berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan turut diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin manakala perayu peguam Cyrus Tiu Foo Woey dan N. Rajesh bertindak bagi pihak perayu. - Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2CFm0My
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2A7TAbt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment