loading...

Tuesday, 16 October 2018

Pen tertusuk di dada budak 4 tahun


Viral di media sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan tertusuk sebatang pen di dadanya mengerun netizen. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada 18 Mei lalu di mana kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu dimasukkan ke Hospital Kanak-Kanak untuk pembedahan mengeluarkan pen tersebut. 

Menurut keluarga mangsa, pada hari kejadian, mangsa meminta tiga batang pen yang kemudian berlari sebelum terjatuh dan salah satu pen itu tertusuk di dada kanannya. 


Mangsa terus dikejarkan ke hospital daerah kerana mengalami sesak nafas yang kemudian dipindahkan ke hospital bandar. 

Doktor segera melakukan x-ray, imbasan CT sebelum melakukan pembedahan untuk mengeluarkan pen itu. 

Selesai pembedahan itu, mangsa diberi rawatan lanjut dan dipantau rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga pulih sepenuhnya. 

Pada bulan Februari lalu di China, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Bandar Hengyang, China, tertusuk chopstick di mulutnya. 


Mangsa, Yang Yang sebelum itu sedang berlari dengan chopstick di tangannya. Secara tidak sengaja, kakinya tersandung dan chopstick itu terus tertusuk dalam mulutnya sehingga ke bahagian tengkorak. 

Berikutan kejadian seperti itu, doktor menasihatkan golongan ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya berlaku kejadian seumpama itu, jangan sesekali mengeluarkan objek itu kerana ia boleh menyebabkan pendarahan teruk dan berisiko tinggi untuk maut serta merta. 



from The Reporter https://ift.tt/2NHNmTe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RXu8Mu
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...