loading...

Monday, 22 October 2018

'Kenapa tak padam post? Saya hanya share link, bukan upload video Munafik 2' - OKS


Padah berdegil menghapuskan perkongsian link untuk memuat turun filem Munafik 2 secara haram di media sosial, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof, telah memfailkan saman terhadap individu terbabit atas dakwaan melanggar hak cipta filem terbitan Skop Productions. 

Difahamkan, pihak Syamsul sebelum itu telah memberikan amaran kepada Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, dan beberapa individu lain untuk menarik balik perkongsian haram itu. Malangnya, Muhammad Izwan dikatakan berdegil, malah dengan berani mencabar Syamsul mengambil tindakan terhadapnya. 

Ekoran itu, Syamsul telah membuat laporan polis pada 20 September lalu dan perbicaraan di mahkamah berlangsung pada hari ini. 

Bagaimanapun, 10 jam yang lalu tersebar di media sosial kenyataan dari individu yang dipercayai ditulis oleh Muhammad Izwan yang menggunakan nama samaran, Sasuuke Kun. 

"Salam semua. Sebelum kes perbicaraan di Mahkamah Taiping pukul 9 pagi ini, izinkan saya memberi sepatah dua kata. Dalam usaha membela diri (sebab saya tidak mampu mengupah peguam untuk bercakap bagi pihak saya, saya harap di media sosial ini sahaja yang boleh saya ceritakan apa yang saya lalui). 

"Seperti yang saya beritahu hari itu, saya akan menulis atau menaip perihal isu kes saman Syamsul ke atas diri saya yang sudah lama dalam kesusahan ini. 

"Firstly, saya mengaku saya memang jenis suka nak menang dalam apa jua perdebatan, keyboard warrior, bongkak, ego. Tetapi percayalah saya selalu berjuang mengikut fakta, bukan auta. Mana yang sudah lama kenal saya, diorang saja yang faham saya macam mana. 

"Pasal post link Munafik 2 tempoh hari, saya betul-betul memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung. Seriously saya tak kenal orang. Memangkan semua post saya dalam bentuk public, random people datang komen. Kebanyakan post saya dalam bentuk sharing info. Sama ada komen positif mahupun negatif. 

"Tapi tak sangka post saya hari itu, PA Syamsul dengan adik perempuan dia sendiri yang datang komen. 

"Kenapa tak padam post? Ini persoalan utama yang orang tanya saya. Sebenarnya video itu sudah lama ada, orang upload di Facebook pada 14 hari bulan, siap boleh direct stream menerusi Facebook. 

"Saya pula mula share link itu pada 19 haribulan, itupun link copy paste saja dari group movie di Facebook. Bukan saya yang upload. 

"Selepas beberapa jam, link yang saya share itu, uploader asal sudah remove file itu dari Google Drive. Dia mungkin takut Gmail dia dikesan. Jadi saya pun jadi berani, tak padamkan post yang saya share itu. Saya anggap tiada isu di situ. Orang masih tak boleh nak download walaupun post tak delete sebabnya link sudah mati. 

"Tapi nak buat macam mana? Netizen anggap selagi post itu tak padam, selagi itu fail itu boleh dimuat turun. 

"Sebut pasal tuduhan yang kata saya memuat naik fail tersebut adalah tidak benar. Saya hanya sekadar sharelink sahaja, bukan upload. Untuk info, maksud uploader adalah individu yang memiliki salinan softcopy asal fail tersebut dan dimuat naik ke dalam online storage dan bagi tujuan untuk diakses secara online oleh orang lain. 

"Pasal tuduhan saya menjana pendapatan dari aktiviti-aktiviti sharing link ini pun tidak benar. Saya tidak pernah buat duit dengan cara ini. Bank statement saya sebagai bukti, hanya duit gaji kerja kilang sebulan sekali saja yang masuk. 

"Pasal kerja pula, tuduhan mengatakan saya bekerja di sebuah syarikat grafik kononnya ada berkaitan dengan kerja-kerja mencetak dan menyalin juga adalah tidak benar. Saya hanya kerja kilang sahaja. Hari-hari kehidupan saya dihabiskan di kilang. Bangun tidur jam lima pagi, naik bas kilang jam enam pagi, sampai kilang jam tujuh pagi. Balik kerja sampai rumah dah jam 10 malam. Dua jam sahaja masa terluang yang ada di rumah. Jam 12 malam, saya tidur dan begitulah rutin harian saya setiap hari. 

"Saya baru saja kerja di kilang itu tiga bulan lepas. Sebelum ini, tujuh bulan saya terlantar di rumah sebab sakit. Bila berubat secara tradisional, ustaz yang rawat saya kata, kena santau angin. Berubat cara moden, doktor kata saya kena tubercles (TB). 

"Sekarang ini ayah saya pula yang sakit. Saya nekad nak jaga mak ayah saya sepanjang hayat mereka. Soal jodoh-jodoh ini saya dah tak kisah, janji saya dapat tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak lelaki. 

"Komputer yang dirampas KPDNKK tempoh hari pula adalah hasil lima tahun saya kumpul duit. Masa itu gaji saya dalam RM600. Asalnya duit untuk kahwin. Oleh sebab tahun kelima (due date), awek saya kena sailang, kena potong tang corner, saya pun build lah Rig gaming untuk hiburkan hati yang duka ini. 

"Anggaran kerugian saya lebih RM10,000. Rig gaming saya total RM7,000, ditambah plus 2 set phone saya yang bernilai RM3,6000.+. 

"Jam 9 pagi ini, saya tanpa berwakilkan peguam (kerana tiada masa yang cukup sebab bekerja dan tidak berwang), dengan rasa rendah diri dna kerdil akan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi Taiping untuk mengelak daripada terjadinya perintah ingkar. 

"Saya nak datang ke Taiping pun terpaksa pinjam duit kawan. Alhamdulillah kawan saya bagi pinjam RM100. Saya janji dapat gaji nanti, saya bayar balik ASAP. 

"Akhir kata, "Al fitnatul ashadu minal khot". Memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh. Dalam banyak-banyak dosa kita terhadap Allah, walaupun taubatan nasuha sekalipun, ada satu dosa saja yang Allah tak ampunkan iaitu dosa kita sesama manusia. 

"Selagi orang itu tidak memberi kemaafan, selagi itu dosa itu tidak terampun. Nauzubillah min zalik."

Sumber: Suka Filem


from The Reporter https://ift.tt/2CYa7RL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PMcn1p
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...