loading...

Monday, 22 October 2018

Tunang enggan bertanggungjawab, wanita gugurkan kandungan


Kecewa tunang enggan bertanggungjawab, seorang wanita nekad menggugurkan kandungannya yang berusia 20 minggu dengan menelan 10 biji pil ubat gugur yang dibeli dari Facebook, lapor Harian Metro

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, wanita berusia 22 tahun itu membeli 10 biji pil itu dengan harga RM600 dan telah menelan dua biji pil, manakala bakinya dimasukkan dalam kemaluannya pada jam 1 pagi, Jumaat lalu. 

Selain itu, wanita itu didakwa turut mengambil minuman berkarbonat untuk memudahkan proses sehingga mengalami komplikasi, sakit perut selama satu jam dan melahirkan seorang bayi cukup sifat pada jam 11 malam pada hari yang sama. 

Suffian berkata, wanita itu dipercayai mengambil ubat tersebut untuk menggugurkan kandungannya kerana tertekan dengan bekas tunangnya enggan bertanggungjawab. 

Difahamkan, pasangan itu telah memutuskan tali pertunangan pada Jun lalu. 

“Dia melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat seberat 304 gram, namun sudah meninggal dunia pada 11 malam. Suspek kemudian membersihkan bayi itu dan membalutnya dengan tuala sebelum ke klinik swasta berhampiran.

“Dia ke klinik kira-kira jam 12 tengah hari bersama mayat bayinya dan memaklumkan mengalami keguguran sebelum pekerja klinik itu memberikan nombor telefon seorang lelaki yang boleh menguruskan pengebumian.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit meminta suspek membuat laporan polis terlebih dahulu sekiranya untuk urusan pengebumian yang sempurna menyebabkan suspek ke Balai Polis Gong Badak. 

"Suspek kemudian menunggang motosikalnya ke balai bersama dengan mayat bayinya yang diletakkan di dalam raga. 

"Suspek dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan," katanya. 

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana dengan niathendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan. 

Suspek berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


from The Reporter https://ift.tt/2Am1yhe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NV50D1
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...