loading...

Wednesday, 10 October 2018

'Ya, salah' - Bapa mengaku rogol anak tiri dihukum penjara dan sebatan


Bapa dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan merogol anak tirinya, sejak empat tahun lalu, lapor Harian Metro.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Dia yang memakai baju hitam itu tunduk sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh dan berkata ‘ya...salah’ ketika pengakuannya diambil.

Bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun dengan 12 sebatan manakala 15 tahun penjara serta lapan kali sebatan bagi kesalahan sumbang mahram.

Mahkamah memerintahkan bapa tiga anak itu menjalani hukuman penjara berkenaan secara berasingan dan bermula dari tarikh tangkapnya pada 1 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang berusia 19 tahun manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan sumbang mahram dengan mangsa sama yang ketika kejadian berusia 15 tahun.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, dekat sini, antara 2014 dan 26 Ogos lalu.

Bagi kesalahan rogol, dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, manakala sumbang mahram pula mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor tertuduh sebagai ketua keluarga seharunya melindungi mangsa, bukan dengan cara merosakkan masa depannya.

“Kes ini adalah kes yang paling jijik yang pernah saya kendalikan dan berdasarkan fakta kes yang dibaca, mahkamah juga tidak dapat mengira berapa kali perbuatan itu telah dilakukan tertuduh terhadap mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai tiga anak yang masih kecil selain isteri yang tidak bekerja.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika mangsa berusia 15 tahun, mangsa yang sedang tidur di dalam biliknya didatangi oleh tertuduh yang menggunakan kunci pendua dan terus menghempap badan mangsa dan merogolnya.

Kejadian itu kemudian berlanjutan sehingga mangsa berusia 19 tahun dan berlaku sebanyak sebulan sekali. Mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian kemudian mengadu kepada kakaknya dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan pengadu.

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2NzbwiA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ONtzq2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...