loading...

Sunday, 28 October 2018

'Terlalu marah, suspek tetak mangsa' - Berang dituduh curang, suami tetak isteri sampai mati


Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tetak di kepala, muka dan tangan, dipercayai ditetak oleh suaminya, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 8 pagi Sabtu di Ladang Pintasan, Kinabatangan, Sabah, mangsa berusia 27 tahun dibunuh dan laporan polis mengenai kejadian itu hanya dibuat pada jam 8.45 malam. 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati magnsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya pula tidak bekerja. 

"Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian," katanya. 

Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kecederaan akibat tetakan senjata tajam di bahagian muka kiri, atas dan belakang kepala. Selain itu, pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus dan tiga jari kanannya putus ditetak. 

"Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. 

Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan atau bunyi bising dari kediaman mangsa. Bagaimanapun selepas kejadian, jiran ternampak suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan sebelum melarikan diri ke arah sungai. 

Bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku, jiran bertindak mengejar suspek, tetapi gagal sebelum memeriksa kediaman mangsa dan mendapati mangsa terbaring tidak bernyawa. 

A Sahak berkata, pihaknya percaya motif kejadian berpunca akibat perselisihan faham di antara pasangan terbabit ketika mereka berada di dapur. Ia berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.

Polis berjaya menahan suspek berusia 30-an pada jam 10.30 pagi Ahad dan ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan menjelaskan dia berbuat demikian kerana terlalu marah apabila dituduh mempunyai perempuan lain. 

Suspek yang terlalu marah sehingga tidak dapat mengawal dirinya lalu hilang pertimbangan dan bertindak menetak mangsa apabila ditanya mengenai perkara itu. 

"Disebabkan terlalu marah, suspek bertindak kejam dengan menetak mangsa," katanya. 

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPS) Kinabatangan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


from The Reporter https://ift.tt/2CLVYX2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OYNinF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...