loading...

Monday, 8 October 2018

'Aku kena tipu RM1,300, semuanya duit palsu'


Hasrat mahu mengumpul wang untuk menyambut kelahiran bayi pasangan ini menjadi punah seketika apabila urusan niaganya mengalami kerugian RM1,300 gara-gara individu yang tidak bertanggungjawab membayarnya menggunakan wang palsu. 

Menurut Ajwad Rawk yang berkongsi mengenai kejadian menimpanya itu berkata, beliau sudah memeriksa wang kertas itu yang dilihatnya sama seperti wang kertas yang tulen. Malangnya, wang itu adalah wang palsu. 

ASSALAMUALAIKUM guys. Aku nak cerita sikit. Hari punya kena tipu sebanyak RM1,300 di Carousell. Semuanya duit palsu. Aku jual barang ini pun, aku nak standby untuk baby born aku pada bulan Disember ini. Datang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur semata-mata nak COD hantar barang ini pada dia. Jenis barang, AK Racing Seat Prox Series berharga RM1,300 jualan. 

Enam tahun aku berniaga dan macam-macam manusia aku dah jumpa. Hari ini aku punya rezeki tak masuk. Bapak sedih doh duit untuk baby born Disember ni. Haih, buntu guys. 

Apa-apa pun aku nak beritahu kat korang. Yang seller-seller semua tu, korang berhati-hatilah. Jangan terkena dengan penipuan macam aku ni. First time kena. Sebelum ini tengok ramai yang kena tipu. Tapi bila aku kena, memang betul duit itu rasa macam betul semua ada kalau dilihat macam itu saja tanpa selidik. 

Aku dah selidik tengok atas lampu, masih ada gambar gabenor. Tapi itulah, mungkin tak ada rezeki aku kot?




Panjangkan perkara ini kepada seller-seller kecil atau besar. Kes blackmoney ataupun duit palsu memang dah terkenal sekarang. Aku harap seller-seller lain pun jangan terkena macam aku. Deap depan-depan pun masih kena tipu. Apatah lagi yang online? 

Ciri-ciri penipu duit palsu:
  • Cina
  • Kurus dan tinggi 160 cm
  • Perodua Myvi putih baru
  • Pakai Sling Bag LV bercorak LV

Kalau korang jumpa seller ini, tolong tangkap. Dia buat kerja di area Kuala Lumpur. Kes dah dilaporkan di balai polis dan geng-geng dia masih aktif buat kerja sebegini. 

Aku harap tuhan bagi rezeki lebih pada aku. Baby born Disember ini guys. Dugaan baru kerja satu bulan. Tak apalah, nak buat macam mana. Rezeki aku tak sampai lagi.

Seller di luar sana, jangan leka dan tolong semak nombor siri dan duit betul-betul. Blackmoney memang rasa sama dan ramai cakap masih original dan betul duit real. Tolong guys, dapat tangkap individu ini hantar ke baai polis. Settle kes terlalu banyak. 

Tolong sebarkan bagi seller kecil dan besar. Allahu. Mereka menggunakan IC orang lain untuk buat kerja haram. Macam orang tepi jalan iklankan kad sim.

Sumber: Ajwad Rawk


from The Reporter https://ift.tt/2OaEyKO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Rz5q51
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...