loading...

Sunday, 14 October 2018

Remaja dan bayi ditemui mati dalam bilik air


Seorang remaja perempuan dipercayai baru melahirkan bayinya ditemukan mati bersama bayinya di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Tenggara di sini semalam.

Difahamkan remaja berumur 18 tahun ini dipercayai meninggal dunia selepas melahirkan bayi berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

Ketua polis daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi malam tadi mengesahkan kejadian itu dan menjalankan siasatan mengenai kematian itu.

Katanya, mayat kedua-duanya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat esok. ― Bernama

from The Reporter https://ift.tt/2QOHqtG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2IXWvq7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...