loading...

Wednesday, 17 October 2018

Bayi 14 maut akibat difteria kerana ibu bapanya enggan beri suntikan imunisasi


Seorang bayi perempuan dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu disyaki akibat jangkitan Difteria atau aku pernafasan, lapor Harian Metro

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noorhisham Abdullah berkata, pesakit berusia 14 bulan itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi. 

"Bayi itu mula demam dan sakit tekat pada 4 Oktober lalu dan dibawa ibunya untuk mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober. Keesokan harinya, kanak-kanak berkenaan dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. 

"Pesakit kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak dan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober lalu kerana keadaannya semakin lemah hingga memerlukan bantuan pernafasan" katanya. 

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat 'Sever Diphtheria with multiorgran failure'. 

Ujian pengesanan dijalankan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang menunggu hasil keputusan ujian pengesahan makmal. 

Penyakit difteria adalah jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan sakit tekak dengan selaput di dalam tekak atau kerongkong dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut. 

"Kami ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi yang boleh diperolehi daripada Klinik Kesihatan kerajaan dan swasta. 

"Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepada jangkitan kuman, malah boleh membahayakan komuniti. 

"Ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak diminta tampil mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan KKM.

"Bagi kanak-kanak yang tercicir suntikan, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan yang terdekat," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2NLRn9i
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2pZOfNw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...