loading...

Monday, 15 October 2018

(Video) 'Saya boleh angkat awak' - Hati-hati dengan lelaki ini di area Gombak


Tidak diketahui apa motifnya, tetapi permintaannya sudah cukup membuatkan golongan wanita berasa curiga dan takut. Mana tidaknya, lelaki berbaju merah ini meminta gadis ini mengambil kunci di atas, tetapi apabila permintaannya ditolak, dia pula menawarkan mahu mengangkat gadis terbabit. 

Bukan kali pertama, difahamkan lelaki yang sama juga pernah melakukan perbuatan yang sama di kawasan lain. Netizen bimbang lelaki ini mungkin cuba memukau golongan perempuan di luar sana. Hati-hati gais! 

GIRLS out there, please be extra careful with this man!! Berlaku di area Gombak pagi tadi ya (12 Oktober 2018). Ini berlaku sendiri dekat aku. Sampai sekarang aku tertanya-tanya apa motif lelaki ini sebab orang yang kedua selepas aku pun dia buat benda sama. 

"Tolong ambilkan kunci dekat atas tu" 

Sedang aku tengah leka pegang handphone, tiba-tiba dia datang dekat dan tanya;

"Awak, awak boleh tolong saya ambil kunci dekat atas tu? Saya tak sampai nak ambil." 

Aku pandang atas bawah, tengok tempat yang dia tunjuk. Tapi aku respon;

"Maaf, kalau awak pun tak sampai, apatah lagi saya. Saya tak boleh tolong." 

Selepas aku cakap aku pun tak sampai nak ambil kunci itu, dia boleh jawab macam ini ya;

"Tak apa kalau awak tak sampai, saya angkat awak ya."





Agaklah eh masa ini aku dah cuak juga. Aku cakap tak boleh, dia terus beredar dan mencari mangsa seterusnya dan aku perhati sampai dekat akak kedai depan itu, memang sebijik lakonan dia. 

Dia akan tunjuk kunci dekat kedai sebelah la macam itu tempat kerja dia. Nasiblah mangsa kedua itu tak kena apa-apa dan di kawasan situ ramai orang. Macam mana dia boleh berani eh? 

Sini pun black area. Jangan sesekali tertinggal kunci motor ya. Memang cari nahas! Tak sampai 5-10 minit, lesap motor weh! 


Gais, bukan area Gombak saja ya, sampai ke Wangsa Maju tau. Lakonan yang sama, orangnya sama ada sama atau berbeza. So, pergi mana-mana pun careful. 

Nasib baik masa cakap dengan dia, tak pandang mata dia. Takut kena pukau ke apa. Dia macam kusut tau bila tak dapat apa yang dia cuba hajat. 

Sumber: Nyna Rashid


from The Reporter https://ift.tt/2OZvGXH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2P0EYCW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...