loading...

Monday, 3 September 2018

'Filem Hantu Kak Limah untung RM36 juta, wayang win masjid miskin' - Gara-gara tweet ini, PU Amin dikecam netizen


"Dalam 15 hari, Hantu Kak Limah dapat tarik 2.4 juta penonton untuk dapatkan purata untung RM36 juta. Ini bermakna 2.4 juta penonton akan keluarkan RM15-RM20 beli tiket. 

"Sekarang, kita bandingkan sedekah kita di surau, masjid? Wayang win, Masjid miskin," demikian tweet PU Amin. 

Tweet yang dimuat naik PU Amin itu telah mengundang kecaman netizen yang tidak bersetuju dan mengkritik perbandingan yang dibuat olehnya itu. 


"Boleh saya tahu apa masalah ustaz? Serangan ustaz lebih menampakkan kebencian, bukannya untuk mendidik ummah dalam keadaan yang sopan. Ustaz sebegini yang menjarakkan manusia dengan agama. 

"Tak faham kenapa semua benda nak relate dengan agama. Kenapa tengok wayang, kenapa tak derma saja duit itu kat masjid. Pasni bolehlah cakap kenapa beli novel-novel, kenapa tak beli buku agama je? 

"Come on, ramai je orang menderma kat masjid, cuma taklah nak snap gambar masuk Twitter," kata netizen. 

Susulan dikecam netizen, PU Amin kemudian membuang tweet tersebut dari terus dikecam dan tampil memberi penjelasan berikut.


"Saya tak kata tengok wayang itu salah. Tapi dalam kita spend hal dunia, kita usaha keluar jumlah yang sama atau lebih untuk majukan institusi ibadat dan pondok-pondok agama. 

"Ramai yang marah bila saya kaitkan untung filem dan sedekah di Masjid. Ramai tak faham maksud saya. Apa yang saya mahukan agar kita juga mampu keluarkan harta kita untuk surau-surau dan pondok-pondok agama yang dhaif. 

"Bila kita menegur, semua pandang ia dari bentuk yang negatif. Ujian hari ini bila kita mahu menasihati, susah untuk memaksa manusia untuk menerima kebaikan. Hakikatnya memang kebenaran itu satu perkara yang pahit. 


"Fahami maksud saya, kalau wayang boleh spend RM15-RM20, bila bersedekah pula kita berilah nilai yang sama atau lebih. Saya cakap baik dan lembut, tak guna perkataan 'aku' pun, juga ada yang kata saya kasar. 

"Saya tweet pasal ayat-ayat Al-Quran untuk rawatan peribadi, tiada sesiapa nak share di Facebook. Saya tweet pasal banding nilai sedekah dan nilai duit hiburan, semua melenting siap trending di FB kutuk saya berjemaah, terima kasih semua," katanya. 

Dalam posting terbaru, PU Amin berkongsi dia baru saja berkesempatan menonton filem Munafik 2 semalam dan memberi nasihat berikut:


"Settle nonton #Munafik2, moralnya jangan sesekali kita berani gelar orang lain dengan gelaran 'Penunggang Agama', nanti mati hina kena hempap dengan batu. 

"Moga yang kuat label 'tunggang-tunggang' ini belajar dari Munafik 2," katanya.

Tweetnya itu membuatkan netizen menepuk dahi mereka sendiri. 


from The Reporter https://ift.tt/2NNjaHj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PAXnTC
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...