loading...

Sunday, 7 January 2018

Suruh murid pelat bergayut di monkey bar sambil sebut perkataan sukar disebut? Sudah-sudahlah share benda auta


Purata anak yang boleh mula bercakap ialah pada sekitar usia satu tahun ke atas. Namun terdapat juga sesetengah anak yang masih tidak mahir bercakap walaupun sudah berusia tiga tahun dan keadaan ini membimbangkan ibu bapa, ditambah pula dengan tekanan dari pihak ketiga. 

Dalam keadaan yang terdesak, ibu bapa mula mencari kaedah di internet bagaimana mahu membantu anak cepat bercakap. Keadaan bertambah buruk jika informasi yang diperolehi itu tidak tepat menyebabkan anak keliru dan tidak menunjukkan sebarang hasil yang diinginkan oleh ibu bapa. 

Jadi, apakah cara yang sepatutnya? Ibu bapa boleh cuba dua perkara yang dikongsikan oleh Puan Ruby Atika di bawah. Semoga bermanfaat. 

INI yang saya jumpa di Facebook.


1. MURID PELAT

Kenal pasti dia pelat bunyi apa. Sebagai contoh, kakak dia setuk tatak. Jadi 'K' jadi 'T'. Betulkan kedudukan lidah mengikut apa bunyi yang anda target. Latih dari fonem terkecil, perkataan, frasa dan seterusnya ayat. Latih dari aktiviti bergambar, buku cerita dan seterusnya spontan. 

Pastikan ada pilih target perkataan berdasarkan bunyi yang anda target. Contohnya anda target 'K', maka senarainya ialah kakak, kaki, koko, kuku, kopi, kerusi, car cat, kambing, cow. 

Saya suka melatih murid dalam keadaan duduk di kerusi meja. Dalam keadaan bergayut atau aktif sana sini, saya tak boleh, penat. Sehari kalau enam budak, boleh pengsanlah saya. 

Saya buat drilling untuk murid umur bahasa empat tahun ke atas. Bahan-bahan bergambar yang saya jual itu ialah bahan-bahan yang memang saya selalu gunakan dalam sesi terapi saya bersama murid pelat. Tetapi adalah amat penting untuk mengenalpasti adakah dia sebenarnya mengalami artikulasi atau masalah fonologi. 

Tips yang saya tulis di atas ini hanya untuk panduan umum ibu bapa. Sekurang-kurangnya anda tidak mengajar anak pelat sambil bergayut. 


2. MURID LAMBAT BERCAKAP

Kenalpasti dulu tahap bahasa dan berapa umur murid berkenaan. Adakah dia bercakap sepatah-sepatah atau boleh gabung dua patah atau gabung tiga patah atau boleh buat ayat panjang? 

Gunakan kaedah rangsangan bahasa: 

  • Panjangkan ayat dia. Dia sebut 'sakit', maka kita jawab 'sakit kaki'. Dia sebut 'jatuh', maka kita jawab 'adik jatuh'. 
  • Target jenis perkataan yang anda mahu ajar. Adakah anda nak mengajar kata kerja (mandi, basuh, gosok, lap). Adakah anda nak mengajar kata tempat (atas, bawah, tepi, dekat, jauh). 
  • Tambah kosa kata harian, ajar objek-objek mudah dalam rumah, ajar anggota badan, ajar nama-nama haiwan, ajar nama kenderaan, makanan. Sebelum ajar menyebut, pastikan ajar tunjuk-tunjuk dulu. Dia dah cekap menunjuk, baru ajar menyebut. 
  • Luangkan masau ntuk satu buku bergambar bersama anak. Ajar anak menyelak buku, tunjuk gambar, buat ayat berdasarkan gambar, bersoaljawab tentang cerita atau ulang plot cerita. 
  • Kurangkan TV dan hentikan gajet.
  • Luangkan masa 15 minit untuk temankan anak bermain sambil berbual dengan anak. Pilih tema (mewarna, origami, masak-masak, pondok-pondok, ultraman lawan raksasa).

Aktiviti oral motor seperti meniup belon, menghisap straw memang bagus tetapi isu bercakap ini bukan saja dari aspek oral motor. Ilmu bahasa/komponen linguistik sebenarnya adalah dari otak kiri manusia. Tiuplah banyak mana pun tetapi jika tiadak osa kata, dia tetap tidak bercakap. 

Saya hanya memberikan info yang betul kepada orang awam. Sudah-sudahlah share benda yang nampak seperti fakta tetapi sebenarnya auta. 



from The Reporter http://ift.tt/2m3HurI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qzq9fv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...