Menurutnya, kutipan paling tinggi antara empat filem berkenaan hanya RM350,000 dari filem Anak Mami Nasi Kandaq. Justeru ia menimbulkan persoalan, mengapa pihak berkenaan masih menggunakan khidmat pengarah yang sama, sedangkan mereka boleh cuba mencungkil bakat-kata pelajar mereka.
"DI sebalik berita filem Badang hanya berjaya mengutip RM74,000 di pawagam, aku tengoklah siapa producer dan pengarah filem ini.
PRODUCTION: FiTA Studios
PENGARAH: Dato' Prof Dr A Razak Mohaideen
"Made me curious to find out more. So, FiTA Studios ini adalah anak syarikat UiTM Holdings to commercialize Fakulti Filem Teater Animasi, UiTM. Dekan FiTA - Dato' Prof Dr A Razak Mohaideen
"Kalau mengikut laporan Awani 2017, Penerbit Eksekutif FiTA Studios adalah A Latiff Mohaideen. Yes, they are brothers.
Director: A Razak Mohaideen
Director: A Razak Mohaideen
"Tahun 2017 paling flop dalam sejarah FiTA Studios. Filem Soulmate Dari Jannah hanya mampu mengutip RM25,000 di pawagam.
"Sementara itu, filem 3 Sukuriti yang siap tahun 2016 dan ditayangkan pada 2017, tidak ditemui dalam senarai kutipan filem FINAS.
"Tahun 2018, satu lagi filem terbitan FiTA Studios. Badang yang menjadi hype kerana khabarnya terlalu teruk. Filem ini menelan kos RM2 juga dan berjaya mengutip RM75,000 di pawagam.
"Jadi di sini, timbul persoalan tentang FiTA Studios:
- Apakah prestasi kewangan anak syarikat UiTM ini? Mengikut pengiraan, mereka telah membelanjakan RM7 juta - RM8 juta untuk kutipan baru RM500K sahaja.
- Kalau untung rugi tak penting, apakah nilai yang diberikan kepada pelajar fakulti FiTA dari segi apresiasi seni filem?
- FiTA Studios tidak pernah menerbitkan filem selain dari arahan A Razak Mohaideen. Penerbit Eksekutif syarikat pula adalah adiknya. Ada ke conflict of interest di sini?
- Adakah FiTA Studios akan terus menggunakan dana UiTM Holdings untuk menghasilkan filem-filem bertaraf Badang dan lain-lain?
"My take: Lebih baik jika nak flop, bagi saja peluang kepada graduan Fakulti untuk menjadi pengarah. RM2 juta setahun (kononnya) boleh beri RM500,000 kepada empat pengarah muda setiap tahun. Alang-alang filem tak laku, sekurang-kurangnya beri peluang kepada pengarah muda mencungkil bakat. End.
"With all due respect to Dato' Prof Dr A Razak Mohaideen, I think UiTM really has to look at who they picked to lead the next generation of Malaysian filmmakers," katanya.
(Personally, I find any mention of Book of Records, Malaysia or otherwise, extremely tacky for a filmmaker)
Sumber: @jimiecheng
from The Reporter http://ift.tt/2FiiNQK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tjguLx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment