loading...

Wednesday, 30 August 2017

Kaki pencuri tersekat dek pintu automatik


CHINA - Hajat seorang lelaki merompak sebuah kedai menemui kegagalan apabila rancangan jahatnya itu tergendala dek pintu automatik premis tersebut. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, sekitar jam 4 pagi, pintu premis berkenaan mula ditutup sebaik saja pemiliknya keluar dengan menaiki motosikal. 


Dalam kesempatan itu, lelaki terbabit cuba berlari memasuki ke dalam premis itu. Namun, belum sempat dirinya masuk ke dalam kedai, pintu automatik itu telah tertutup dan menimpa kakinya, menyebabkan lelaki itu terperangkap. 

Pencuri itu cuba melepaskan dirinya selama beberapa minit, malangnya segala usahanya tidak menemui kejayaan sebelum dia terus baring dan pasrah dengan nasibnya, serta menunggu hari siang agar pihak polis datang menyelamatkannya. 



Apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek menafikan dakwaan kononnya dia cuba memasuki premis tersebut. 

"Saya bersumpah, ia tidak seperti apa yang awak sangkakan," katanya, 

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan CCTV premis berkenaan menunjukkan keadaan sebaliknya. 



from The Reporter http://ift.tt/2iGnT24
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vJC1ca
via IFTTT

Tuesday, 29 August 2017

'Kerana kau, mak bapak aku nak bercerai!' - Anak belasah kekasih gelap bapanya


CHINA - Anak mana yang tak sayang hubungan keluarganya? Pastinya pedih dan sedih apabila melihat ibu bapa tidak sefahaman atau bertengkar dan dalam masa yang sama anak-anak tidak dapat memujuk kedua-duanya untuk segera berdamai. 

Seorang lelaki dari Henan, bertindak membelasah kekasih gelap bapanya di tengah jalan raya yang sibuk sambil diperhatikan oleh orang awam yang melalui jalan itu, lapor Shanghaiist. 

Video kejadian itu kemudian viral di media sosial, menunjukkan lelaki terbabit menarik rambut dan mengheret wanita yang dipercayai berusia lingkungan 40-an itu ke tengah jalan sebelum membelasahnya. 



Wanita terbabit diumbuk di bahagian perut, kepalanya ditampar dan ayat-ayat caci maki dilemparkan terhadapnya oleh anak teman lelakinya. 

Lelaki berkenaan kemudian mengheret wanita itu kembali ke tepi jalan dan terus membelasahnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan. 

Kejadian itu disaksikan oleh orang ramai yang hanya melihat sahaja tanpa tampil menghalang lelaki itu tau membantu wanita itu. 


Menurut saksi kejadian, lelaki berkenaan membelasah kekasih gelap ayahnya, serta menyalahkan kehadiran wanita itulah yang menyebabkan ibu bapanya kini mahu bercerai. 

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang didedahkan dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengenal pasti motif lelaki berkenaan.


from The Reporter http://ift.tt/2wRnTTh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wREsP8
via IFTTT

Suami maut, isteri dan tiga anaknya selamat selepas dihempap lori pembancuh simen


FILIPINA - Viral di media sosial, video rakaman orang awam yang menunjukkan sebuah lori pembancuh simen menghempap sebuah kereta yang membawa satu keluarga sehingga menyebabkan pemandunya maut di tempat kejadian. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum kejadian itu berlaku, lori tersebut dipandu dengan kelajuan yang normal sahaja. Tetapi apabila pemandunya menyedari brek kenderaannya secara tiba-tiba tidak berfungsi, dia terus menghala kenderaannya ke sebelah kiri bagi mengelakkan dari melanggar kereta di hadapan dan mencederakan pengguna jalan raya yang lain. 

Namun, lori tersebut hilang kawalan lalu menghempap sebuah kereta di sebelah kanannya sehingga bumbungnya kemek. Lebih malang lagi, lori pembancuh simen terbabit pada ketika itu membawa muatan simen yang penuh dan telah dibancuh, menyebabkan pemandunya maut. 





Bagaimanapun, isteri dan tiga orang anaknya terselamat dari kemalangan itu dan menunggu untuk diselamatkan oleh pasukan penyelamat. 

Ibu kepada tiga orang anak itu menangis meminta bantuan orang ramai dan menyangka mereka tidak akan sempat diselamatkan. 

Tidak beberapa lama kemudian, pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian. Dengan bantuan orang ramai, mereka berjaya mengeluarkan ibu dan tiga anaknya itu. 

Keempat-empat mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius dan kini sedang menerima rawatan di hospital. 



from The Reporter http://ift.tt/2vDjQ8U
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2xww7gX
via IFTTT

91 mangsa tampil, dedah kerugian hampir RM500,000


SHAH ALAM, SELANGOR - Susulan viral video beberapa pasangan yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan Zurin Jundi Wedding Planner, ramai individu telah tampil mendedahkan jumlah kerugian yang dialami setelah dikhianati oleh pemilik syarikat tersebut. 

Lapor laman Facebook Baitul Muslim, seramai 91 mangsa dari pelbagai negeri tampail mendedahkan kerugian yang jumlah keseluruhannya dianggarkan hampir setengah juta. 





Difahamkan, Puan Zurin juga turut berjanji akan membayar semula semua wang individu-individu yang telah menjadi mangsanya pada bulan depan. Pengakuannya itu juga turut ditulis pada sekeping kertas sebagai bukti perjanjian, yang juga berserta dengan tandatangannya sendiri. 



Sementara itu di media sosial, netizen turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa sedangkan seramai 91 mangsa telah membuat laporan polis. 

"Dia tibai duit 91 orang dan yang peliknya masih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatannya. Malah, terasa pelik kenapa sampai 91 orang yang telah menjadi mangsanya, tetapi dia masih belum ditangkap?" soal Azrol Ahmad. 


Menurut Faizah Zulfikri, sekitar jam 2 petang tadi, masih ramai individu-individu yang dipercayai pernah menjadi mangsa penipuan berkumpul di premis Zurin Jundi Wedding Planner di Johor Bahru. 

Sementara itu, kakak kepada salah seorang pengantin yang juga menjadi mangsa penipuan berkenaan, Zainatulazlina Zailan, berkata kes adiknya itu bukan individu yang mengatakan pelaminnya seperti reban ayam. 


Bagaimanapun, pihaknya telah membuat laporan polis dan aduan pada Tribunal Pengguna, serta mereka diminta untuk mengumpul bukit untuk tindakan seterusnya. Malah, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak Zurin Jundi Wedding Planner mengambil tindakan berdiam diri. 


Terdahulu, The Reporter melaporkan pemilik Zurin Jundi Wedding Planner diserbu sekumpulan individu yang mendakwa telah dianiaya dan ditipu di tingkat bawah premisnya itu, sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. 


from The Reporter http://ift.tt/2vzSaC0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vF3ax6
via IFTTT

Jangan letak telefon di kepala anak


Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Namun tanpa menyedari, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak kelihatan. 

Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini, radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, berupaya menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan sudah ramai yang mengkajinya. 

Jadi, ibu bapa diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak diingini. Semoga bermanfaat. 

PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit berada di kepala anak kecil. 


Allah, masa itu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa tidak bagusnya apabila telefon pintar ini diletakkan berdekatan dengan kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya telefon diletakkan berdekatan dengan bahagian kepala? 

Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi enam bulan ke bawah). 

Antara risiko lain: 
  • Kanser
  • Tumor otak
  • Parkinson
  • Alzheimer
  • Sakit kepala atau migrain
  • Sakit mata atau rabun

Risiko-risiko ini bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tetapi juga pada orang dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan anda:
  • Dah selesaikan semua urusan berkaitan dengan telefon bimbit.
  • Matikan WiFi atau data internet. Letak telefon jauh dari tempat tidur. 


Ini baru kesan letak telefon di bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Nanti saya kongsikan lagi maklumat mengenainya.
Nana Farhanah
Bekas jurutera di Intel dan Western Digital


from The Reporter http://ift.tt/2iER5H1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wZe0lB
via IFTTT

Monday, 28 August 2017

Terlupa tanggalkan contact lens selama 5 bulan, wanita buta sebelah mata


CHINA - Seorang wanita dari Wuhan mengalami kerosakan mata kekal selepas dia tidur dengan kanta lekap (contact lens) tanpa menanggalkannya lebih dari lima bulan, lapor Sinchew. 

Mangsa berusia 21 tahun bernama Chen, pada awalnya berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan kanta lekap pada bulan Mac. 

Selepas sebulan kemudian, Chen semakin malas menanggalkannya setiap malam, lalu mengambil keputusan untuk membiarkan saja kanta lekap itu di matanya dan terus tidur. 

Selepas lima bulan kemudian, apabila Chen bangun dari tidurnya di waktu pagi menyedari mata sebelah kanannya tidak dapat melihat apa-apa. Panik dengan keadaan itu, Chen segera pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 


Ketika menjalani pemeriksaan, doktor mendapati ada lapisan nipis di permukaan bebola mata Chen. Lapisan itu kemudian dikenal pasti dan ia adalahkanta lekap milik Chen. 

Lebih teruk lagi, kanta lekap itu telah bercantum dengan matanya, menyebabkan kornea matanya merah dan bengkak. 

Selain itu, doktor juga mendapati ada lubang yang saiznya sebesar kacang hijau pada mata Chen. Apabila ditanya apakah dia ada memakai kanta lekap sebelum ini, Chen berkata, 

"Mustahil! Saya tak ada pakai apa-apa kanta lekap baru-baru ini!" 

Bagaimanapun, setelah menjalani pembedahan kecil, doktor berjaya mengeluarkan dua kanta lekap dari matanya, membuatkan Chen tidak terkata apa-apa. 


Selepas diimbas kembali, barulah Chen teringat bahawa lima bulan lalu dia ada memakai kanta lekap yang kemudian dibiarkan di dalam matanya sejak itu. 

Akibat dengan kecuaiannya itu, mata kanan Chen disahkan buta kekal berikutan terdapat lubang kecil di kornea matanya itu. Doktor memaklumkan, hanya ada satu cara sahaja untuk memulihkan semula pengelihatan mata kanannya itu dengan menjalani transplant kornea. 

Chen bernasib baik kerana mata kirinya masih selamat namun perlu dirawat selama dua minggu bagi mengelakkan matanya buta. Doktor turut menasihatkan Chen untuk tidak memakai sebarang kanta lekap lebih dari enam jam sehari dan ia perlu ditanggalkan sebelum tidur. 


from The Reporter http://ift.tt/2gkJTih
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wYT3ar
via IFTTT

'Sumpah saya tak ada hubungan istimewa dengan Datuk Red' - Nonny



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2gl3gaW
via IFTTT

'Kenapa akak malu? Saya malu atas pelamin! 7 pasangan kena tipu akak!' - Pengantin berang majlis perkahwinan terjejas dan rugi lebih dari RM16,000


JOHOR BAHRU - Viral di media sosial video seorang wanita yang juga merupakan wedding planner 'diserang' beberapa individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh wanita berkenaan sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit. 

Difahamkan, kes ini mula tercetus apabila pihak Zurin Jundi Wedding Planner tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh pelanggannya, Zainul,  pada Ahad, 27 Ogos 2017. 

Kakak ipar mangsa, Rose Eusoff, memuat naik video pertama di hari kejadian yang memaklum bahawa pihak katering tidak kunjung tiba, menyebabkan mereka terpaksa menjamu tetamu yang datang dengan sejenis hidangan sahaja. 

"Hi, I nak bagitahu I dekat kenduri adik ipar ni, kat Johor. Okay, sampai sekarang tak ada lagi katering yang sampai. Kami sedih sangat, sebab apa? Tetamu kita jamu makan, kita sempat masak sejenis (hidangan) je. 

"Nampak tak? Pengantin dah berarak dah. Tapi makanan tak ada sampai sekarang dari Zurin Jundi wedding Planner," katanya. 


Menurut Rose, dia bukan nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tetapi kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan yang menyebabkan majlis adiknya tidak sempurna. 

"Tiada siapa nak menjatuhkan sesiapa. Tetapi kalau majlis adik kami, makanan tak sampai tu. Apa cerita sampai orang tua pengantin yang jatuh terduduk?

"Bukan niat suka-suka nak memburukkan orang. Tetapi kami tak mahu orang lain menjadi mangsa seperti kami. Trauma seumur hidup. 

Sementara itu, kakak kepada Zainul , Zainatulazlina Zailan, juga mengesahkan dakwaan itu, 

"Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati. Majlis yang sepatutnya meriah, hakikatnya malu yang kami sekeluarga dapat. 

"Report polis telah dibuat, berani buat berani tanggung. Catering tidak datang seperti yang dijanjikan. Pelamin jam 6 pagi sebelum majlis, baru pasang. Khemah dekat tengah malam baru sampai. 

"Call tak berjawab, masuk voicemail. Dah habis majlis, tahu pula reply dan tak mahu pula bertanggungjawab. Konon-konon dia yang teraniaya," katanya.








Laporan polis yang dibuat Zainul pada 27 Ogos menyatakan, dia telah berurusan dengan Zurin untuk majlis perkahwinannya sejak 3 Julai 2017 untuk urusan pakej jemputan 1,000 pax bersama hidangan pengantin, dua unit meja VIP, 6 unit khemah full set, hiasan meja makan berabad 8 pax, pelamin 20 x 10, walkway red carpet bersama pintu gerbang, sepasung baju butik bersama aksesori, 1 kali make up pengantin, photographer 1 hari majlis (sticky album bersanding dan outdoor) dan P.A system dengan harga RM10,700.00. 



"Saya telah membuat bayaran booking sebanyak RM4,000 dengan dua kali pembayaran. Bayaran pertama sebanyak RM1,000 dan kali kedua sebanyak RM3,000 secara online. 

"6 Julai, Puan Zurin memaklumkan sekiranya saya membayar jumlah penuh pakej tersebut, saya akan mendapat kambing bakar. Jadi saya buat baki pembayaran berjumlah RM6,000 secara online pada nombor akaun yang sama. Puan Zurin memberitahu tarikh majlis perkahwinan saya pada 27 Ogos itu akan berjalan lancar. 

"22 Julai, saya pergi ke butik Zurin Jundi di Shah Alam dan berjumpa dengan kakitangannya bernama Cik Sinar untuk memilih baju, pelamin dan menu makanan. 

"23 Ogos, saya telah menghubungi pihak katering dan mengingatkannya tarikh majlis perkahwinan saya dan mereka semua faham. Keesokan hari saya telah menghubungi pihak katering melalui WhatsApp untuk meminta kepastian waktu untuk katering menghantar makanan dan pihak berkenaan memberitahu paling lewat akan sampai jam 11 pagi pada hari majlis. 



"27 Ogos, hari majlis perkahwinan berlangsung, tiada sebarang respon dari pihak katering bila saya cuba menghubungi mereka menyebabkan saya terpaksa mencari insiatif lain untuk menjamu tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan saya. Disebabkan itu, saya terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM6,000.

"Pihak Zurin Jundi Wedding Planner juga tidak memberi sebarang respon, malah kami turut disekat dari Facebooknya, serta segala komen kami berkenaan majlis kami telah dibuang dari ruangan komen di halaman Facebook rasmi mereka. 

"Pada jam 4 petang, Puan Zurin memberitahu pihaknya sedia mengeluarkan pampasan sebanyak RM10,000 selepas saya memberitahu saya mahu membuat laporan polis. 

"Saya juga menghubungi pihak katering dan mereka memberitahu pihaknya tidak bersalah kerana mereka tidak menerima bayaran katering untuk majlis saya sehingga ke hari majlis, sedangkan pihak katering telah berjanji akan menghantar makanan seperti yang telah ditetapkan," demikian laporan Zainul. 

Ekoran itu, Zainul mahu menuntut bayaran ganti rugi kos malu, kos tambahan makanan tetamu, selain mahu membuat aduan kepada pihak Tribunal Pengguna untuk tindakan selanjutnya. Malah, Zainul mahu pihak Zurin Jundi Wedding Planner membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tindakan tidak bertanggungjawabnya itu telah memalukan Zainul dan keluarganya untuk seumur hidup. 


Dalam video kedua, difahamkan sekumpulan individu yang pernah menjadi mangsa menyerbu pemilik Zurin Jundi Wedding Planner di depan sebuah premis dan meminta bayaran pampasan. 

Video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang mangsa itu menunjukkan wanita terbabit berada dalam keadaan resah dan enggan wajahnya dirakam. Beberapa individu mendesaknya membuat bayaran ganti rugi. 


Susulan ketegangan dan tiada jalan penyelesaian yang berlaku, Puan Zurin akhirnya ditahan polis untuk sementara waktu. 


from The Reporter http://ift.tt/2wdBG5a
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wO25rN
via IFTTT
loading...