loading...

Monday, 31 July 2017

'Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu'


Membesarkan anak merupakan cabaran buat ibu bapa. Dengan zaman ini yang bermacam-macam tips di media sosial. menjadikan kita adakalanya tak tahu nak ikut tips yang mana. Namun, bagi lelaki ini, ibu bapa sepatutnya lalui dan menghayati perkembangan anak-anak membesar kerana suatu masa nanti, kita pasti akan rindu dengan ragam dan keletah mereka.  

BILA tengok anak-anak tidur, sedih bila teringat apa yang mereka lalui siang tadi. Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tetapi mereka stay cool. Selepas itu minit, mereka happy semula. 

Keesokannya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka bermain, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi. 


Loop ini berterusan sehinggalah sampai satu hari nanti, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi di depan kita. Tidak lama selepas itu, mereka tidak lagi melompat-lompat di atas sofa dan katil. Tidak lama selepas itu, tiada lagi berlari-lari dua beradik dari ruang tamu masuk ke bilik tidur dapur sampai terjatuh bunga kita. 

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun dah tak nak. Dicium puas-puas seperti dulu pun tak mahu. Rimas dah didukung-dukung seperti dulu. Segan dah nak diajak baring di pangku sambil kita baca-baca. 


Tiada lagi memori hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam lubang tandas. 


Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu. Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment-moment Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya. 

Alhamdulillah dia masih setia meminta saya memegang tangannya selalu. Nanti bila dah sekolah, duduk pula di asrama, mesti lagi sunyi, kan? 

Sumber: Nur Firdaus


from The Reporter http://ift.tt/2tTqKWP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vieSkw
via IFTTT

'24 kesan kecederaan di badan mangsa' - Budak 3 tahun mati didera ibu tiri


LIMBANG, SARAWAK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi di rumahnya di Kampung Terimah, Khamis lalu, 27 Julai 2017. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Kampung Terimah, mangsa, Kelvin Weychelly Bangga Justin, 3, ditemui tidak sedarkan oleh ibu tirinya selepas ditinggalkan bermain air di dalam besen. 

Difahamkan, mangsa berseorangan di dalam bilik mandi sementara ibu tirinya berada di dapur untuk memadam api dapur. 

Lapor Utusan Borneo, ibu tiri mangsa mendakwa kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh dan terbaring ketika bermain di lantai bilik air.

Melihat keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, wanita berusia 22 tahun itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut. 

Sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Bagaimanapun, doktor menemui kesan lebam di dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung mangsa. 

Kesan kecederaan pada badan mangsa yang begitu banyak membuatkan ibu bapa mangsa berasa curiga dengan laporan polis yang dibuat oleh ibu tiri mangsa dan meminta siasatan lanjut dijalankan kerana terdapat unsur penderaan pada mangsa. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, keputusan hasil bedah siasat Hospital Miri menyatakan mangsa meninggal dunia berpunca akibat asfiksia (lemas) kerana ditekup sesuatu. 

"Wanita berusia 22 tahun berkenaan direman hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 




Sementara itu, ibu saudara mangsa, Avril Lex Huii, 28, berkata, terdapat 12 kesan kecederaan di kepala, 12 kesan kecederaan di badan dan 2 retakan di tangan mangsa, selain ada luka di badan seperti dicucuh dengan rokok. 

"Pemergian Kelvin membuatkan bapanya sunyi. Tiada kedengaran jeritan dan teriak Kelvin bila bapanya pulang dari kerja. Tiada lagi yang menceriakan bapanya yang kepenatan setelah pulang dari bekerja. Tiada senda gurauan ketawa riangnya lagi. Tiada lagi si anak belari-lari. 

"Selepas ibu bapanya berpisah dan hak penjagaan diperoleh bapanya, ingatkan dua beranak ini sudah bahagia. Tetapi datang pula seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan menyakiti Kelvin. 

"Kasihan si kecil, menghembuskan nafas terakhir bukan di atas pangkuan bapanya. Dia hembuskan nafas terakhir kerana sudah tidak tahan dengan kesakitan yang dia rasa selama ini. 

"Kasihan kau anak, tiada satu pun peluang pun untuk kau melawan sebab kau masih kecil. Kasihan kau didera sampai jadi begini. Bukan main sayang lagi bapa kau pada kau. 


"Kepada si ibu tiri, kau ingat kau dah bunuh Kelvin, kau boleh jadi 'Queen' untuk bapanya? Kau silap, sekarang berdepanlah dengan hukuman tali gantung di penjara. 

"Nak berkahwin dengan duda tetapi tak nak terima anaknya, hanya mahukan harta sahaja. Lebih baik tak payah," luah Avril di Facebooknya semalam. 


from The Reporter http://ift.tt/2uSWwEy
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2w0L4Hg
via IFTTT

'Kami tak sedar langsung perbuatan dia' - Mangsa


KLCC, KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2017

Ya Allah. Minta jasa baik kawan-kawan tolong saya share dan viralkan dua ibls dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini. Manalah tahu kalau ada orang yang cam muka mereka. 

Purse isteri dengan duit dan segala kad penting telah dicuri ketika berada di Butik Zara, KLCC. Muka suspek sangat jelas dan telah banyak kali kes yang sama berlaku di sini dengan modus operandi yang sama. 

Geram sangat. Sebarkan agar tidak berlaku kepada orang lain. 

Dua suspek perempuan disyaki berumur lebih kurang 40-an. Mereka sangat licik dalam melakukan perbuatan mereka yang juga mungkin menggunakan ilmu pukau. 

Saya dan isteri memang tidak menyedari langsung perbuatan licik mereka semasa kejadian itu berlaku walaupun isteri dihimpit sedekat ini seperti yang ditunjukkan dalam video. 

Hati-hati kepada pasangan yang ada anak kecil kerana suspek memang menyasarkan mangsa-mangsa yang berkeluarga. Kasihan isteri saya, dia masih dalam keadaan trauma. Laporan polis juga telah dibuat. 



from The Reporter http://ift.tt/2ue7N0o
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tSXFut
via IFTTT

'Saya harap si anak berbangga dengan pengorbanan ayahnya'


Semalam pergi ke kedai fotostat, buat salinan surat beranak Aimi dan sijil nikah saya sebab nak buat pertukaran Aimi ke sekolah lain. Kedai buka jam 10 pagi. Sampai di kedai jam 9.50 pagi. Jadi kenalah menunggu dulu di depan kedai. Ada juga yang sedang berdiri menunggu di depan kedai. Barangkali mereka ada urusan yang sama.

Okey, tepat jam 10 pagi. 

"GEDEGANGGG!!!!!" 

Bunyi pintu shutter. Satu lorong boleh dengar. Kedai dah buka. 

Semasa saya keluar, bau busuk menikam dan menusukan ke dalam hidung. 

"Adoii, busuknya..." terdetik dalam hati. 

Oh, patutlah. Lori sampah rupanya. Lori sampah itu berhenti betul-betul di depan kedai yang sama. Kelihat seorang kelindan lori sampah turun tergopoh-gapah sambil membawa satu beg kecil berlari-lari anak menuju ke kedai yang sama. 

"Cepat!! Nanti ada kereta nak lalu!" jerit pemandu lori. 

"Iye! Iye! Dua helai saja," balas lelaki itu. 

Lelaki itu memang nak cepat, dia keluarkan sebuah buku teks subjek Sains tahun lima sambil mencari-cari muka surat yang hendak dibuat salinan. 

"Kak, saya nak ini satu, ini satu," katanya sambil menunjukkan helaian yang hendak dibuat salinan. 

Saya buat andaian, mesti untuk anak dia. 

Apabila dia selesai, dia cepat-cepat memasukkan buku teks dan salinan yang dilipat kemas ke dalam beg sandang dengan senyuman yang betul-betul ikhlas dari seorang ayah. Serius saya memang terharu pada masa itu. 

Dari raut wajahnya, memang nampak dia puas sebab dapat membantu anaknya. 

"Anak minta tolong sebab nak buat kerja sekolah. Saya tak bagi dia keluar sendiri, bahaya sekarang ni," jelasnya, mungkin dia perasan saya memerhatikannya dari tadi. 

Saya angguk sahaja sambil senyum. Kagum benar saya pada abang ini. 

Dia berlari semula ke lori dan meletakkan beg di depan dan kemudian berdiri lagi di belakang lori sampah. "Okey, jalan!" jerit abang itu kepada pemandu lori. 

Dari kerjayanya sudah tentu bukan dari golongan orang senang bermain dengan bau busuk. Dari raut wajahnya, saya nampak hidupnya susah atau mskin. Tetapi mempunyai hati dan jiwa yang kuat untuk memastikan anaknya berjaya dan keselamatannya terjaga. Biar hidup miskin tetapi ada punca pelajaran. 

Tengah bekerja, sanggup terkejar-kejar untuk membantu anaknya membuat salinan untuk buat kerja sekolah. Saya dapat bayangkan bagaimana anaknya meminta tolong dari ayahnya dan tanpa mengeluh si ayah mencuri sedikit masa bekerja untuk membantu anaknya. 

Perkara ini betul-betul membuatkan saya sedar., yang selesa ini, yang ada masa ini dan yang ada kereta ini sering beri pelbagai alasan sibuk dan tiada masa bila anak meminta bantuan. Nak tengok kerja sekolah anak pun jarang-jarang. 

Saya berharap agar anak abang itu berbangga mempunyai seorang ayah walaupun hanya bekerja sebagai seorang kelindan lori sampah. 

Pengajaran untuk saya. 


from The Reporter http://ift.tt/2uSf47L
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2w0c3md
via IFTTT

Lelaki rogol dan bunuh kanak-kanak 3 tahun ditembak mati dengan AK-47


YAMAN - Seorang lelaki berusia 41 tahun ditembak mati selepas dia didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, lapor Daily Mail.

Muhammad al-Maghrabi ditembak mati dengan senapang AK-47 di ibu kota Sanaa, Isnin. 

Hukuman tembak sampai mati itu disaksi oleh beribu orang awam yang berkumpul di lokasi yang ditetapkan dan Maghrabi terpaksa dibawa ke tempat itu dengan menggunakan sebuah van perisai. 



Gambar menunjukkan, Maghrabi ditiarapkan di atas karpet yang diletakkan di atas lantai dengan kedua-dua tangannya yang terikat di belakang badan sebelum seorang askar berdiri di belakangnya melepaskan tembakan. 

Hukuman yang dijalankan terhadap Maghrabi itu juga turut disiarkan secara langsung dan orang ramai juga mengambil kesempatan untuk merakam hukuman itu dengan telefon bimbit mereka. 




Hukum Syariah adalah sumber dari semua undang-undang di Yaman, menurut laporan Jabatan Luar Negeri, Amerika Syarikat.

Di bawah undang-undang tersebut, individu yang didapati bersalah kerana membunuh akan dihukum dengan hukuman mati dan hanya keluarga mangsa yang boleh meminta hukuman terhadap pesalah dikurang atau diringankan. 




from The Reporter http://ift.tt/2vbm3vr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hgtA6l
via IFTTT

'Saya bukan kedekut' - Dato' Aliff beri penjelasan makan tepi jalan



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tWwcwa
via IFTTT

Viral video kes buli, polis panggil 10 pelajar untuk diambil keterangan


KUNAK, SABAH - Video seorang pelajar perempaun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak di belasah sekumpulan pelajar perempuan, viral di media sosial sejak semalam, lapor Harian Metro.

Video berdurasi 1 minit 38 saat itu menunjukkan mangsa ditumbuk sebelum beberapa pelajar perempuan yang lain turut campur tangan membelasah mangsa. 

Mangsa yang tidak terdaya hanya mampu melindungi kepalanya dengan tangan sebelum terjatuh lalu disepak, dipijak dan ditumbuk bertubi-tubi. 


Perakam kemudian meminta kumpulan itu berhenti memukul mangsa dan kedengaran mangsa juga merayu agar masalah di antara mereka diselesaikan secara baik. Malangnya rayuannya tidak diendahkan menyebabkan dia ditampar dan ditumbuk buat kali kedua. 


Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis sehari selepas kejadian itu berlaku. 

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd NAsaruddin M Nasir, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan telah memanggil 10 pelajar serta ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan. 

Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di padang sekolah tersebut. 


Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta akan mengambil tindakan selanjutnya. 

"Pihak polis juga telah dimaklumkan dan siasatan masih dijalankan. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak (PPD) tiada masalah untuk membantu siasatan. 



"Memandangkan kejadian itu berlaku di luar kawasan dan di luar waktu persekolahan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur operasi standard dan garis panduan sedia ada," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2uMJpq8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2uMGdef
via IFTTT

Bayi meninggal dunia selepas terjatuh di rumah pengasuh


ALOR SETAR, KEDAH - Seorang bayi perempuan meninggal dunia semalam selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, akibat tidak sedarkan diri, dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, lapor Harian Metro.

Haifa Afrina Mohd Nasri, 15 bulan, disahkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang ketika masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB. 

Bapa mangsa, Mohd Nasri Mohd Yusoff, 26, berkata, terdahulu dia menerima mesej pengasuh anaknya di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan Haifa Afrina tidak sedarkan diri ketika di rumah pengasuhnya di Padang Serai, Kulim, jam 4 petang, Jumaat lalu. 

"Arwah tidak nampak sebarang perubahan atau menangis, cuma ada luka di dahinya. Pengasuh juga ada beritahu anak saya pernah terjatuh, sehari sebelum itu dan luka di dahi kanan. 

"Kami menghantarnya ke Hospital Kulim sebelum dipindahkan ke HSB dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam," katanya. 

Menurut bapanya yang juga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim berkata, Haifa Afrina dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak dua minggu yang lalu selepas isterinya bekerja di sebuah kilang berhampiran di Kulim. 

Jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Naya, Arau, Perlis sebaik urusan bedah siasat selesai dilakukan. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Pengasuh berkenaan juga telah ditahan untuk membantu siasatan. Polis juga sedang menunggu hasil bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian. 


from The Reporter http://ift.tt/2vX6OUa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tPYZyt
via IFTTT

'Rupanya barang penggunaan seharian kita mengandungi paraben yang boleh menyebabkan kanser' - Nurasykin


Pemergian ibu kepada rakan dan juga bekas rakan pejabatnya kerana kanser payudara membuatkan wanita ini tergerak hati untuk mencari maklumat mengenai kanser payudara dan puncanya. Hasil bacaannya di laman web seorang doktor, antara punca kanser payudara adalah paraben.

BUNUH DALAM SENYAP

Semalam ada kawan saya yang baru saja kematian ibunya akibat dari kanser payudara. Dan dua minggu lalu, bekas rakan sepejabat dah dipotong payudaranya kerana kanser. 

Hati saya dah mula rasa bimbang. Terus saya buat kajian untuk mencari punca kanser. Hasil dari carian (sumber blog Dr Zubaidi) mengatakan 99% sampel tisu yang diambil dari pesakit kanser mengandungi Paraben!

Hurmm, saya dah mula berpeluh. Terus mencari lagi informasi mengenai paraben dan kesan-kesannya terhadap pengguna. 

Paraben adalah sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai oleh kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana iayanya jauh lebih mudah dan murah. 

Rupa-rupanya, kebanyakkan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebagainya mengandungi Paraben. Tidak kisahlah nama dia Methylparaben, Ethylparabel atau Propylparaben, itu semua adalah sejenis paraben. 

Ini adalah sangat seram dan lagi seram dari melayan cerita fisyen syasya okey! 


BAGAIMANA PARABEN BOLEH MENYEBABKAN KANSER?

Paraben dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.

Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi dengan penggunaan yang berterusan bagi jangka masa yang panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara. 

Paraben bukan sahaja merangsang kanser payudara, malah dapat menganggu kesuburan elaki, berisiko menghidap penyakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam., 

Oleh itu, saya nak pesan, berhati-hatilah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang menyatakan produk itu bebas dari Paraben. 


Saya memang faham ajal maut cara kematian itu semua di tangan tuhan. Tetapi awak pun kenalah berusaha mencari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanay sebab awak nak cantik dengan cepat. Jadi, sayangilah diri anda. 



from The Reporter http://ift.tt/2hfOlyQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ubxXAM
via IFTTT

Sunday, 30 July 2017

'Ramai yang tegur kenapa muka jadi begini' - Wanita kongsi 7 produk atasi masalah breakout



Alhamdulillah muka saya dah pulih kembali dari breakout yang teruk sangat. Masih ingat lagi pada masa itu, bangun pagi nak cuci muka. 

"Eh? Apa ni, muka kasar-kasar?"

Bila tengok cermin, ya Allah. Kenapa muka jadi begini? Di bahagian dahi, naik biji-biji yang ada air bisa. Memang geram, rasa nak kikis saja dahi pada masa itu. Di pipi, biji pasir. Kena tahan diri dari memicit sebab semua itu kuman. Nanti semakin merebak pula jadinya. 

Ramai orang tegur kenapa muka jadi begini, sebab sebelum ini memang muka okay. Muka saya mula jadi begini pada bulan Mei sebab alahan terhadap habuk dan pernah juga disebabkan saya tersalah pakai produk. 

Alhamdulillah muka saya sembuh pada raya baru-baru ini. Nasib baik, kalau tak raya murung saja muka dengan menghadap breakout ini. Lebih kurang sebulan lebih juga nak pulih kembali. 

Sekarang parut dah tinggal merah-merah saja dan adalah jerawat hormon yang naik kadang-kadang. Kalau makan kekacang, naiklah. Tetapi dah tak perlu risau sebab dah tahu nak pakai apa dan cepat kecutkan jerawat. Masa jadi begini, mak dan ayah siap ajak pergi ke klinik sebab dah teruk. Dah guna ubat klinik pun tak okay juga. 

Terima kasih kepada Alyf Afiq, my biggest supporter. I love you. 

Saya kongsikan ya, ada kapsyen di setiap gambar. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 


GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER

Okey, cleanser ini wajib kita gunakan untuk remove make up. Even pakai bedak sikit saja pun wajib remove dulu sebab nak pastikan muka kita bersih. Remove make up guna kapas biasa yang kita gunakan itu. Boleh dapatkan di Watson atua Guardian. Harganya dalam RM14. Kalau ada sale, lagi murah boleh dapat. Tahan sebulan. Ini botol yang keempat saya gunakan. 


CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER

Selepas remove make up, saya cuci muka guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Cepathil ini ada dua jenis, untuk kulit normal dan kulit alergik. Saya gunakan yang jenis ini dan memang best sangat selepas cuci muka. Rasa lembut saja dan tak berbuih. 

Sangat disyorkan untuk kulit breakout. Tetapi jangan pakai sekejap saja, tengok muka tak berubah dan terus tinggalkan. Ia mengambil sedikit masa dan perlu pakai sehingga muka pulih kembali. Selepas itu kulit muka akan menjadi lebih licin. 

Harganya lebih kurang RM40. Untuk kulit alergik, harganya RM60+. Ini botol keempat yang saya gunakan. 


SAFI ANTI JERAWAT

Safi Gamat ini elok untuk jerawat dan ia mengandungi habbatus sauda. Contoh kalau Cetaphil dah habis, kita boleh cover yang ini. Harga tak ingat berapa sebab dah lama beli. 


AIKEN TEA TREE OIL

Selepas cuci muka, lap muka bagi kering dengan tuala bersih atau kapas muka. Kemudian gunakan toner ini. Jerawat cepat kecut, ia melindungi muka kita dari jerawat. Memang best sangat-sangat. Harga dalam RM5 sahaja. 


JEJU ALOE

Selepas toner dah kering, gunakan moisturizer ini pula sebab muka kita memang wajib ugna moisturizer bagi mengelakkan muka mnejadi kering. 

Alhamdulillah sepanjang guna, memang muka lembut saja rasanya. Aleovera memang elok, kan? Tapi pastikan beli yang asli, jangan beli yang siam pula. Ini saya beli di The Face Shop. Tahan lama. 


TIDACT GEL

Gunakan Tidact ini apabila muka naik jerawat hormon. Yang jerawat period, jerawat alergik seafood, pakai sikit sahaja di jerawat yang timbul. Jangan terlampau banyak. Harganya RM20. Boleh beli di farmasi berhampiran anda. 


JUS SLIMMING DAN DETOX

Kita juga wajib detox badan kita. YAng makanan berminyak atau yang tak elok untuk penghadaman kita kena cuci bagi usus bersih. Sebab dari usus kotorlah macam-macam naik di muka. Pastikan yang ada kolagen kerana kolagen yang akan memberi kulit kita gebu gebas putih. 

Jus slimming detox ini bagus sebab diperbuatdaripada buah-buahan dan juga vitamin. Harganya dalam RM80, sesuai untuk semua. 

Yang ini saya ada jual sebab elok. Kulit cantik boleh putih dan kurus sekali. Terus jadi ejen sebab produk best. 

Kulit yang tiada masalah pun boleh amalkan juga. Takkan nak tunggu kulit rosak baru nak mula amalkan, kan? 

Nota kaki: Kalau muka breakout, mesti ada parut, kan? Kalau parut, kita kena pakai scrub untuk buang kulit mati. Sekurang-kurangnya seminggu dua kali pun sudah memadai. Banyak produk scrub yang ada di pasaran. Jadi boleh pilih saja. Tetapi saya selalu buat sendiri, jimat. 

Bahan-bahan untuk scrub:

1. Beras yang direndam semalaman. Segenggam saja pun cukup. Beras buat kulit kita lembut. 

2. Kunyit hidup/serbuk. Kunyit berfungsi mematikan kuman dan mengecutkan jerawat. 

Kisar kedua-dua bahan ini dan tempek di muka. Sewaktu nak kisar, letak air beras yang digunakan untuk merendam beras semalaman itu sedikit. 

Pakai dalam masa setengah jam atau sampai kering di muka. Kemudian cuci dengan air suami dan usap-usap seperti buat scrub. Nanti white head, black head semua hilang. Kulit mati pun keluar. Air suam berfungsi bagi pori terbuka dan akan mengnyahkan minyak-minyak yang tersumbat pada pori. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk tutup semula pori. 

Sumber: Amyrah


from The Reporter http://ift.tt/2eZXGdw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vX12SK
via IFTTT
loading...