loading...

Wednesday, 31 May 2017

'Dia tutup mulut, tumbuk perut dan muka' - Mangsa Cabul


ALOR SETAR, KEDAH - Susulan kes seorang lelaki yang didakwa mencabul wanita dibelasah sehingga maut, mangsa tampil menceritakan kejadian sebenar. 

"Saya duduk dalam tandas. Lepas itu saya dengar pintu tandas sebelah ditutup. Saya pun buka kunci nak keluar, pintu tandas sebelah terbuka, dia masuk dalam. 

"Dia tutup (tekup) mulut, saya gigit tangan dia menyebabkan saya ditumbuk di bahagian perut. Saya cuba melawan dan menjerit meminta tolong. Dia tumbuk muka saya," demikian kata mangsa dalam video yang dimuat naik oleh Liana Norziatul. 

Mangsa terus cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh sebelum melarikan diri. 


Sementara itu, ibu kepada lelaki terbabit, Rusni Saad, tidak percaya dengan dakwaan itu yang menjadikan punca anaknya dibelasah. 

"Siapa tak sedih kalau perkara ini berlaku pada anak sendiri," katanya. 

Adik bongsu lelaki terbabit, juga terkilan abangnya tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul tanpa belas kasihan. - The Reporter

Laporan berkaitan:


from The Reporter http://ift.tt/2rWz2zh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rdNt0P
via IFTTT

'Dia hanya sibuk dengan handphone, langsung tak peduli anaknya menangis'



Apa yang saya saksikan ketika waktu Iftar hari ini amat mensayukan hati dan dalam masa yang sama saya hampir tidak dapat mengawal kemarahan. Ketika itu, saya berada di medan selera di Pulau Pinang, saya ternampak pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka masuk ke restoran yang sama. 

Si isteri mengandung, nak jalan pun dah tak larat dengan anak mereka yang berusia antara 3 hingga 12 tahun. Si suami pula leka dengan telefon di tangannya terus pergi duduk di meja berhampiran. Dengan selamba meninggal anak dan isterinya yang terkedek-kedek berjalan. 

Wanita itu kemudian beratur dengan anak perempuan sulungnya di kaunter, memesan makanan mereka untuk berbuka puasa, sementara dua lagi anaknya ditinggalkan bersama suami. Keadaan menjadi lebih teruk anak bongsu mereka mula menangis, mungkin mahu pergi ke arah ibunya atau lapar. 

Si bapa tak peduli dengan anaknya yang sedang menangis, ralit sangat dengan telefon tanpa memandang si kecil itu yang menangis kuat. Dia hanya duduk di situ dan kedengaran bunyi "Shh.. Shh.. Shh" untuk mendiamkan si kecil itu. Langsung tiada usaha untuk menenangkan anaknya. 

Isteri hanya mampu memandang anaknya dari jauh, dalam barisan di kaunter yang agak panjang dan waktu berbuka puasa sudah semakin hampir. Wajahnya sudah cukup menjelaskan yang dia penat dan kecewa. Kasihan pada anak yang sedang menangis. Semua pelanggan dalam restoran memandang mereka terutamanya si suami tak guna itu. 

Ibu dan anak perempuannya terpaksa membawa dua dulang makanan ke meja makan. Sekali lagi, lelaki itu tidak endah, membiarkan isterinya menguruskan segala-galanya, sementara mata dia hanya memandang ke arah telefon. Bisnes juta-juta agaknya sampai tak tolong isteri yang sedang sarat mengandung. 

Mereka mula makan. Lelaki itu makan seperti dia datang seorang saja, langsung tidak mempedulikan anak dan isterinya. Dia fikir dia seorang saja yang lapar ke apa? Isteri dia yang kena melayan dua anak kecil mereka itu dan tidak dapat makan dengan sempurna. Anak dia pula "nak yang ini, nak yang itu" ketika makan. 

Selepas habis makan, lelaki itu kemudian keluar untuk merokok. Tak dilupakan, telefon masih di tangan. Dia tinggalkan anak-anaknya dengan isteri yang tak dapat makan kerana terpaksa menjaga anak-anaknya. Raut wajah isteirnya sedih, sesekali memandang ke arah suaminya di luar kedai ketika anak-anaknya sedang makan. 

Bila lelaki itu masuk semula ke kedai, dia sambung makan balik. Tak peduli pun isteri dia dah makan ke belum. Tak peduli pun anak dia makan apa. Telefon memang tak lepas dari tangan. Dia deal bisnes dengan tokey mana sampai lupa anak isteri?

Kemudian, dengan malasnya dia membawa anak lelakinya ke tandas. Di kesempatan itulah si isteri berpeluang untuk makan dengan tenang. Telefon? Masih di tangan dan matanya. Pegang tangan anak pun macam nak tak nak saja. Boleh menang anugerah bapa dan suami tahunan kalau gini gamaknya. 

Personally, saya malu dengan perangai dan kelakuan lelaki berkenaan yang memegang gelaran bapa dan suami. Isteri dia mengandung, Ya Allah, memalukan kaum lelaki. Kasihan isteri dia. Ya memang, jodoh dah ditentukan, tiada pertikaian di sini tetapi takkan tak terdetik dalam hati rasa kasihan dan sayang itu?

Pesanan buat perempuan, pilihlah lelaki yang betul-betul boleh menjaga anda di waktu senang dan lapang, di waktu susah dan sempit. Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak bercinta sebelum atau selepas nikah. Tapi saya nak nasihatkan, biar kenal betul-betul dengan siapa yang anda hendak berkahwin.

Bak kata Prof Amirul (2016), Dean School of Biological Sciences USM, pi riki dulu. (Riki = Spy, Siasat) Tengok dia macam mana. Gila ke perangai je gila-gila. Tanya kawan-kawan dia tentang sikap dia. Jangan serbu tak pakai helmet.

Ada yang gaya bak artis, travel sana-sini tapi solat Jumaat pun tak sampai. Ada yang acah islamik, ostad google/fb, status ayat islamik tapi haram pengotor, bilik bau bangkai. Itu belum lagi yang tak ada adab, pemalas dan sebagainya.

Nasihat ini juga terpakai untuk kaum lelaki. Paras wajah yang cantik tidak boleh menjanjikan kebahagian selamanya tetapi sikap dan sifat yang cantik serta karekter yang baik akan memberikan kebahagiaan yang anda tidak boleh beli dengan emas permata atau 2.6 juta dolar.

Kepada mereka yang membaca coretan ini, saya doakan anda mendapat pasangan yang baik, memahami dan faham dengan maksud tanggungjawab dan toleransi dalam rumah tangga. Semoga mendapat pasangan yang tahu dan faham makna susah senang hidup sekali. Amin. 

Ini pesanan untuk diri sendiri juga. Semoga menjadi suami dan ayah yang baik. Jadi contoh yang terbaik. Umur 25 tahun tapi nak kahwin, lambat lagi. 


from The Reporter http://ift.tt/2qDbjQM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rrANnp
via IFTTT

Anak tawar seks pada bapa agar dia tidak mengahwini tunangnya

Foto Hiasan - Google Images
HONG KONG - Seorang wanita didakwa di mahkamah kerana melakukan hubungan seks sumbang mahram dengan bapanya sendiri kerana tidak mahu lelaki itu berkahwin dengan tunangnya, lapor South China Morning Post. 

Mahkamah dimaklumkan bahawa, wanita berkenaan yang kini berusia 26 tahun didakwa melakukan hubungan seks dengan bapanya pada tahun 2009. 

Menurut peguamnya, laporan psikologi mendedahkan insiden itu berlaku apabila bapanya, Pengamal Perubatan Cina, mahu berkahwin dengan tunangnya. 

"Dia dalam keadaan terdesak dan kurang kasih sayang dari ibunya membuatkan dia terpaksa menawarkan hubungan seks dengan harapan bapanya berubah fikiran," katanya. 

Anak beranak itu yang hanya dinamakan sebagai C.C.M dan bapanya, C.P.K, 58, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan sumbang mahram. 

Mahkamah juga dimaklumkan, perbuatan sumbang mahram anak beranak itu terbongkar apabila adik wanita berkenaan menemui rakaman perhubungan seks kakak dan bapanya, sebelum membuat laporan polis. 

Terdahulu, wanita berkenaan pernah cuba memberitahu pendakwaraya bahawa dia mahu bertanggungjawab sepenuhnya agar bapanya dapat dibebaskan. 

Bagaimanapun, mahkamah menetap 12 Jun depan untuk menentukan hukuman terhadap anak beranak berkenaan. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2rjXB6J
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qFOsDh
via IFTTT

Bukan kes culik, tapi ditangkap bekas majikan kerana didakwa mencuri


KUALA LUMPUR - Susulan viral video yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki, polis tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan kejadian sebenar. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.21 malam Selasa di Jalan Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita itu ditarik sekumpulan lima lelaki masuk ke dalam kereta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, wanita berusia 23 tahun, warganegara Indonesia itu adaah suspek bagi kes curi yang dilaporkan di IPD Gombak. 

"Wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah telah ditangkap oleh bekas majikannya berhubung kes curi, sebelum diserahkan kepada polis," katanya mengesahkan kes tersebut bukan kes culik. 

Rusdi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook, Adrian Ismail, meminta orang ramai menyebarkan video kejadian itu yagn mendakwa mangsa yang merupakan rakan sekerja rakannya itu telah diculik di lokasi kejadian.- The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2smayw8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sm94Sh
via IFTTT

Bayi terus nak berjalan selepas beberapa minit dilahirkan


BRAZIL - Baru beberapa minit keluar dari rahim ibunya, bayi perempuan ini dah cuba nak melangkah kedua belah kakinya, mengejutkan kakitangan hospital. 

Dalam video viral itu menunjukkan seorang bidan sedang memegang bayi perempuan berkenaan yang dilihat cuba berjalan. 

"Tengok ni, dia berjalan!" katanya. 

"Tunggu, saya nak rakam video bayi ini," kata kakitangan lain yang berada di bilik tersebut. 

Mereka kemudian memanggil beberapa lagi rakan mereka yang lain untuk menyaksi keajaiban itu. 

Menurut bidan berkenaan, dia sebelum itu cuba memandikannya tetapi bayi itu mahu berdiri dan berjalan. 

"Saya cuba mandikan dia tetapi dia nak berdiri dan berjalan. Dia berjalan dari sini ke sini," katanya sampai menunjukkan jarak yang dilalui bayi berkenaan. 


Video viral itu telah ditonton lebih 50 juta kali dan 1.3 juta perkongsian di Facebook. 

Difahamkan video itu dirakam di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, selatan Brazil. 

Kebiasaannya bayi yang baru lahir mengambil masa 12 bulan untuk belajar berjalan selepas melalui beberapa proses perkembangan bayi. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2ra7pBH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qzSdLx
via IFTTT

Tuesday, 30 May 2017

Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing


Ramai yang suka membela kucing, tetapi tidak tahu bagaimana cara yang betul menguruskan najis haiwan comel ini. Sehingga ada yang menimbulkan rasa kurang selesa jiran. 

Menurut Norliza Hani, penggunaan arang dapat mengatasi masalah bau najis kucing kerana arang mempunyai fungsi untuk menyerap bau yang kurang selesa itu.

Sekadar berkongsi tanggungjawab sebagai penjaga kucing. Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing harus tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing. Bila kucing dibela sejak dari kecil, corak pemakanannya adalah berbeza dan perlu diperhatikan. 

Selain pemakanan, banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, sikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya. 

Pemilik kucing haru bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda ada alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang menganggu ketenteraman awam. 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!

Apabila ditanya siapakah yang Baginda SAW maksudkan? Baginda menjawab seseorang yang jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)


Tips:

Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah, letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

Simpan sebotol minyak kelapa dara sebagai persediaan merawat kucing anda yang sakit. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkan sistem pencernaa ndan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing. 


Minyak kelapa dara juga mampu meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing. 

Tips sudah diberi, jangan pula tuan kucing malas nak bersihkan bekas najis kucing. Pandai bela, pandailah bertanggungjawab sepenuhnya. 


from The Reporter http://ift.tt/2qyi4aH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qEP9Nm
via IFTTT

'Selepas raya, doktor maklumkan bayi dalam kandungan mungkin alami komplikasi saraf tunjang'



Assalamualaikum 9bulan10hari. Mohon ibu-ibu yang tengah hamil ini mempertimbangkan perkara ini. Tolonglah jangan berpuasa kalau tidak mampu. 

Tiga tahun lalu, semasa bulan puasa, saya berpuasa dalam 22 hari walaupun hamil tiga bulan. Saya jarang loya dan muntah. 

Sudah banyak kali doktor beritahu jangan puasa sebab anak sangat perlukan zat dan nutrien semasa first trimester ini. Tetapi saya teruskan berpuasa sebab keadaan saya tidaklah teruk sangat. Hanya mengalami loya bila terhidu bau bawang saja. 

Selepas raya, ketika kandungan berusia lima bulan, doktor maklumkan bayi dalam kandungan tidak berkembang dan mungkin berdepan dengan komplikasi saraf tunjang. Lagipun, di awal masa mengandung, saya langsung tak makan folic asid. 

Doktor kata, kalau saya tak berpuasa, mengikat perut untuk makan makanan berkhasiat secara sedikit tetapi kerap masa bulan ramadhan, kemungkinan untuk anak saya lahir sihat adalah tinggi. 

Betul sis. Selepas anak saya dilahirkan, badan dia memang kecil dengan berat 1.9 kilogram sahaja, ditambah pula ada masalah di bahagian tulang belakangnya (spina bifida). 

Doktor kata, untuk anak berkembang dengan baik, masa kita makan perlu dijaga dengan betul dan makan secukupnya. Kasihan anak saya sekarang.

Nasihat saya, kalau anda mengandung dan tidak sihat, tolonglah jangan puasa. Makanlah makanan sihat. Jangan skip makan. Lebih baik sis ganti puasa nanti dari terpaksa membuatkan anak kita 'berpuasa' seumur hidup. 

SEBENARNYA, ramai ibu-ibu rasa bersalah kalau tak berpuasa sedangkan dalam Islam, ibu hamil dan ibu yang menyusu tidak wajib berpuasa, lebih-lebih lagi jika ia memberi kesan negatif pada diri dan kandungan. 

Bagi kes ini, si ibu terlepas pandang dua perkara. 
  1. Tak makan asid folik tiga bulan sebelum hamil di mana ia boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan saraf tunjang bayi. (Penyakit Spina Bifida dan Hyrocephalus). 
  2. Sejak tak makan asid folik, si ibu sepatutnya perlu makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Baiki semula mana yang terkurang dulu. Maknanya, jangan berpuasa langsung pada ketika itu. 

Perkembangan anak sangat bergantung kepada apa yang ibunya makan. Tolonglah jaga pemakanan anda. 

Ketika ini, ibu hamil boleh berjumpa dengan doktor dan minta doktor buat pemeriksaan serta berbincang mengenai puasa ini. Jangan malu meminta pandangan mereka. 

Ibu-ibu, tolonglah ambil tahu keadaan diri dan anak dalam kandungan. Kalau tidak sihat, usahlah berpuasa. Jangan paksa diri. Berjumpa dengan doktor dan doktor akan melihat beberapa faktor ini bila berbincang tentang berpuasa ketika hamil:
  • Adakah si ibu muntah atau loya teruk sehingga tak lalu makan?
  • Adakah kandungan si ibu dalam lingkungan 1-3 bulan?
  • Berapa jam si ibu berpuasa kerana ada negara yang berpuasa lebih lama berbanding negara kita 12-13 jam sehari. 
  • Ketika si ibu nak berpuasa ini, cuaca sejuk atau panas? Kerana cuaca panas boleh menyebabkan si ibu mudah dehydrate. 
  • Bagaimana kesihatan si ibu sebelum hamil. 


from The Reporter http://ift.tt/2rSWeyD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rCZM8f
via IFTTT

'Ini muslim, dia puasa tapi dia belanja'


Di bulan ramadhan ini, ramai yang merebut peluang mencari pahala dalam apa jua bentuk dan cara. Namun, tertarik dengan apa yang dilakukan oleh suadara Azmin Ishak ini. Mungkin bagi sesetengah orang, ini perkara biasa. 

Tetapi, inisiatif yang dilakukan Azmin ini menunjukkan kepada bukan islam bahawa melakukan kebaikan di bulan mulia ini tidak terhad pada orang Islam sahaja, malah untuk mereka yang berlainan agama.

This morning I drop by at a chinese kopitiam owned by this kind uncle. I tell the uncle I wanted to buy all the food he's selling and give it for free. Looking shocked and puzzled he asked why. 

I said, "it's a holy month and muslim should do good, not only to the muslim but also to the non muslim."

So he quoted RM350 as that's the usual amount he sells every day. So i paid him (thanks to a kind supporter who has sponsored my Ramadhan projects).

He immediately tell his buyer, no need to pay no need to pay, "ini muslim dia puasa tapi dia belanja" and he keep on repeating ini muslim dia puasa tapi dia belanja to roughly around 15 elderly chinese who are having their breakfast there. Most of them angkat tangan and show a good sign. He later said, "jom-jom tangkap gambar."

Islam itu indah dan adil. Pahala tidak terhad hanya apabila berbuat baik kepada yang muslim atau hanya beribadat kepada Allah. Hubungan mesti seimbang antara hubungan kita dengan Allah (Hablumminallah) dan hubungan kita sesama makhluk Allah (Hablumminannas).

Semoga saudara Azmin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. 


from The Reporter http://ift.tt/2rmnMLT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rSWLAr
via IFTTT

Lelaki diculik & dirogol 3 wanita selama 3 hari


AFRIKA SELATAN - Seorang lelaki berusia 23 tahun berada dalam keadaan trauma selepas diculik dan dirogol tiga wanita yang tidak dikenalinya, lapor Daily Mail

Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa terdahulu menaiki teksi komuniti untuk pergi ke timur Pretoria, yang di dalamnya ada tiga wanita. Mangsa diarahkan duduk di depan. 

Mangsa kemudian disuntik dengan cecair yang tidak dapat dikenal pasti menyebabkan dia pengsan. 

Menurut jurucakap polis, apabila tersedar, mangsa mendapati dia berada di atas katil dalam sebuah bilik. 

"Kesemua suspek wanita itu kemudian memaksa lelak iitu minum minuman tenaga sebelum merogolnya bergilir-gilir selama tiga hari. 

"Polis Afrika Selatan mengambil serius semua laporan kesalahan seksual tanpa mengira jantina," katanya. 

Selepas kejadian itu, mangsa kemudian ditinggalkan di kawasan lapang dalam keadaan separuh bogel sebelum menumpang kereta orang awam untuk ke balai polis membuat laporan. 

Jurucakap Pertubuhan Mangsa (Lelaki) Penderaan Seksual Afrika Selatan, Rees Man, berkata, hampir 20% jenayah seksual membabitkan lelaki sebagai mangsa dilaporkan. 

"Ramai mangsa lelaki tidak membuat laporan polis berbanding wanita kerana menganggap polis tidak mengambil serius dengan kes mereka," katanya. 

Jenayah dan keganasan seksual di Afrika Selatan semakin meningkat dan dianggarkan lebih setengah juta kes rogol berlaku setiap tahun di negara itu. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qxZFdY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rSF6ZN
via IFTTT

'Saya mahu bakal suami mahir guna seterika'


Pelakon, Elfira Loy, mengakui mahu mencari bakal suami yang mahir menggunakan seterika. Ini bagi membantunya menggosok pakaian, lapor Astro Gempak

Elfira berkata, dia  seringkali mempunyai masalah untuk menggunakan peralatan elektrik itu di mana setiap kali menggosok pakaian, pakaiannya masih berkedut dan berlubang. 

"Saya mahu berpesan kepada bakal suami supaya dapat membantu saya menggosok pakaian kerana saya mempunyai masalah menggunakannya.

"Itu merupakan salah satu kriteria yang perlu ada untuk menjadi pasangan saya pada masa depan," katanya. 

Elfira kini sedang hangat digosip bersama Sufian Suhaimi. Di media sosial, netizen berpandangan bahawa kenyataan Elfira itu ditujukan khas untuk Sufian.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyarankan kepadanya untuk membeli Philips Steam Generator Iron GC9642 yang mampu menyelesaikan masalahnya yang kurang mahir menggosok pakaian.   - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qxkK4q
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2s9VTEW
via IFTTT

Lelaki dipukul sampai koma kerana didakwa mencabul, meninggal dunia


ALOR SETAR, KEDAH - Lelaki yang koma dibelasah sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas sebuah pusat beli-belah telah meninggal dunia. 

Lapor Harian Metro, mangsa, telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.30 tengah hari tadi. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan, lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia dan kes itu kini diklasifikasikan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Polis telah menahan lima individu yang terlibat termasuk wanita berusia lingkungan 20 tahun di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang viral di media sosial. 

"Terdapat beberapa lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini untuk membantu siasatan," katanya. - The Reporter

Laporan berkaitan:


from The Reporter http://ift.tt/2rhXp9V
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2reMUSY
via IFTTT

Ezlynn failkan permohonan cerai terhadap suaminya


KUALA LUMPUR - Penyanyi, Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 36, telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. 

Lapor Harian Metro, Ezlynn telah memfailkan permohonan itu pada Januari lalu. 

Bagaimanapun Adam Fahmy tidak bersetuju dengan perceraian itu dan mahkamah telah memerintah kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka. 

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. 

Pada prosiding hari ini, Ezlynn telah melantik kakaknya, manakala Adam Fahmy yang juga pengurus penyanyi itu melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka. 

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka. 

Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan anak. 

26 Mei lalu, mStar Online melaporkan Ezlynn tertekan dan enggan memberikan komen mengenai masalah rumah tangganya. 


25 Mei, Ezlynn melalui Instagramnya memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan tertekan dan terkejut sehingga jatuh sakit dan mendapat rawatan di Prince Court Medical Centre.

"Kalah juga akhirnya. Tak sangka, badan dan fikiran saya terperanjat, sangat tertekan dengan apa yang berlaku malam tadi.

"Terima kasih atas doa semua dan kekuatan yang diberikan. Insya-Allah semuanya ok," tulisnya. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2s8Xdrv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2reWcOP
via IFTTT

Monday, 29 May 2017

Cara & adab kad jemputan kahwin yang terbaik untuk menjemput secara bertulis


Isu ini mungkin nampak kecil tetapi sebenarnya tidak. Jika anda pernah melakukannya, ingatkanlah adik beradik, saudara mara kita agar tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Takkan menjadi masalah kalau kad jemputan kahwin tidak disertakan dengan kalimah-kalimah suci. 


Ingin saya kongsikan kad jemputan yang patut dipuji dan inilah cara serta adab yang terbaik untuk menjemput secara bertulis. 

Kad-kad jemputan perkahwinan di bawah ini tidak menggunakan kalimah suci seperti kalimah mulia Allah SWT, potong ayat Al Quran, Hadith dan nama junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. 

Secara logiknya, lambakan kad jemputan yang kita terima akan dibuang. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan agar kalimah mulia ini dijaga sebaik-baiknya. 

Harus diteliti setiap kad-kad jemputan kahwin sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Paling menakutkan jika ada kad-kad terkandung kalimah mulia ini terjatuh dan terpijak secara sengaja atau tidak sengaja. 

Cara pelupusan tulisan mengandungi kalimah mulia ini ada caranya. Bukan boleh dibuang sewenang-wenangnya. Kita bertanggungjawab di atas setiap perbuatan, percakapan, penulisan kita ke atas setiap kalimah mulia ini. 

Pernahkah kita terfikir, ke manakah perginya kad-kad yang mengandungi kalimah mulia ini selepas kita menghantar perutusan Raja Sehari? 



Alhamdulillah, lima kad walimatul urus adik beradik kami sampai kepada tetamu tanpa kalimah mulia kerana menjadi kegusaran buat bonda dan ayahanda kami jika kad jemputan ini dibuang, dikoyak atau dipijak tanpa sengaja atau sengaja. 

Nampak kecil isu ini, tetapi tidak. 

It does not make us less muslim or Islam if we send a walimatul urus invitation without the name of Allah, ayat Quran and Hadith. 

Mengadakan walimatul urus dan hadir ke jamuan itu adalah kewajipan buat semua muslim muslimat kecuali atas sebab tertentu yang tidak dapat hadir.


from The Reporter http://ift.tt/2rzhjOS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2r6gwDr
via IFTTT

'Kalau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok'


Adakalanya kita sebagai pengunjung Bazaar Ramadhan ini, kasihan bila tengok ada gerai peniaga yang tidak mendapat sambutan ramai. Bagi yang berniaga, pastinya sangat memahami keadaan itu. Tetapi bagi yang lain, sudah tentu banyak persepsinya. 

Tidak ramai orang, tak bermaksud makanan yang dijual peniaga berkenaan tidak sedap. Mungkin tidak sedap di tekak kita, tetapi sedap di tekak orang lain? Jadi, apalah salahnya kita beli dan bantu mereka. Bak kata Wan Muhd Syafis, membuatkan orang lain gembira juga adalah kebajikan. 


Kalau kau nampak Bazaar Ramadhan yang banyak payung dari orang, kau singgahlah tengok. Kalau kau nampak cantik je ikan tu bersusun, kuih pun hening je nampak tenang, kau belilah walaupun kau tak tahu kuih itu kuih apa atau walaupun nampak macam karipap oksigen. 

Kemudian tak perlulah lahanat sangat mulut nak viral, "eh ni nak pergi haji balik hari ke, makcik?"

Kau cuba berniaga sekali, tengok macam mana. Buat nasi ayam dua ekor. Seorang pun tak datang nak beli. Nampak? Bukan semua yang berniaga itu indah. Itu semua gula-gula sahaja. 

Jadi, kau nampak Bazaar Ramadhan suram, kau berhentilah singgah. Belilah apa yang kau nampak. Berapa ringgit saja pun, bukannya beli semua. 

Kau akan tengok senyuman adik yang menjual itu, lain macam manisnya. Sambil kau berlalu, kau akan mendengar, 

"Yay! Ada orang beli kuih adik!" 

Bukankah menggembirakan orang lain pun satu kebajikan? 

Bagi peniaga seperti Firdaus Ibrahim, itu semua sudah menjadi lumrah dalam berniaga. Pahit manis berniaga, mereka hanya mampu telan sahaja. 

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kata soal perniagaan tidak boleh dicampur-adukkan dengan kebajikan. Sama ada pelanggan mahu beli atau tidak, itu adalah hak pelanggan yang mencari makanan/produk terbaik berbaloi dengan harga yang mereka mahukan. 

Selain itu, peniaga juga perlu belajar strategi marketing untuk mengembangkan perniagaan mereka, selain jujur dalam berniaga terutamanya bab-bab karipap kosong. 

Walau apa pun perbezaan pandangan kita semua, sama-samalah kita beradab. Tak kira anda sebagai peniaga atau pelanggan. Jika peniaga mempelawa kita membeli makanan mereka, tolaklah dengan baik sekiranya tidak mahu. Peniaga pula, usahlah berkecil hati. InshaAllah ada rezekinya nanti. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2qtKaUv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2r5Pdt3
via IFTTT

Lelaki mabuk maut selepas tumbuk cermin kedai


CHERAS, KUALA LUMPUR - Padah tumbuk cermin sebuah kedai, seorang lelaki mengalami penderahan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian awal pagi semalam, saksi melihat mangsa dalam keadaan tidak stabil dan muntah dipercayai mabuk di bahagian lobi kondominium, Blok C, Alamanda. 

Mangsa kemudian menumbuk cermin kedai dengan tangan sehingga pecah sebelum terjatuh ke lantai dan merangkak ke depan sebuah kedai serbaneka (60 kaki) dan terus tidak bergerak lagi. 

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, mayat mangsa berusia 28 tahun itu ditemui dengan kesan cedera di tangan kanan. 

"Mangsa dipercayai mabuk selepas bertengkar dengan dua rakannya termasuk seorang wanita semasa melalui tempat kejadian. 

"Mangsa kemudian ditinggalkan rakannya, kemudian mengamuk dan menumbuk cermin kedai komputer sehingga menyebabkan dirinya cedera parah di tangan," katanya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. 

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2r5QkJa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rhpNsV
via IFTTT
loading...