Ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan telah 'menyerahkan' semula takhta penyanyi nombor satu kepada Datuk Siti Nurhaliza yang sememangnya diakui sebagai penyanyi nombor satu selama ini.
Kenyataan Aliff itu disiarkan di TIkTok Butik ASHijab semalam, semalam berdebat dengan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim mengenai gelaran penyanyi nombor satu.
Aliff sebelum itu bersama isteri dan ibunya sedang memilih nama anak bongsu mereka. Aliff mencadangkan nama 'Aliff' turut diselitkan dalam nama pilihan memandangkan nama dirinya sebagai penyanyi nombor satu.
Namun cadangan Aliff itu dibantah oleh ibunya yang menganggap perbuatan Aliff mengambil gelaran itu tidak sesuai dengan suaranya yang tidak setanding Siti Nurhaliza.
"Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata 'Kenal tak saya, saya artis nombor satu?' kat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodohlah kau ni, nasib baik Siti Nurhaliza tak kecil hati.
"Maaflah Siti, anak saya memang macam tu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu," kata Rozita.
Aliff kemudian bermati-matian mempertahankan bahawa dirinya adalah penyanyi nombor satu dan turut menegaskan Siti Nurhaliza juga mengakui perkara tersebut sebelum ini di ruangan komen Instagram ahli perniagaan berkenaan.
"Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti, semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dah dapat. Kau dapat anugerah apa? Kecaman?" tambah Rozita lagi.
Aliff bagaimanapun berkata, dia tetap penyanyi nombor satu dan menasihatkan Siti usah takut walaupun bergelar penyanyi nombor dua di belakangnya dan dia tetap akan menyokong Siti Nurhaliza.
"Tak apa, awak jangan takut. Walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma pithcing ada lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara," katanya membuatkan Rozita tergelak.
Bagi Rozita suara Aliff seperti katak dalam paya. Malah Rozita menjelaskan kepada Aliff bahawa Siti Nurhaliza kaya kerana bakatnya menyanyi berbanding Aliff yang kaya kerana berniaga.
"Kau tak boleh cakap dia macam tu, kau patutnya minta maaf dengan dia," tegas Rozita yang membuatkan Aliff tersentak seketika dan memohon maaf kepada Siti Nurhaliza.
"Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah saya, saya jadi kat belakang awak lah. Awak nombor satu.
"Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya (janji) tak buat lagi. Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua pun tak apalah. Terima kasih Siti Nurhaliza," katanya.
@butik.ashijab Dileksia Aliff Syukri susah ingat, susah menyebut satu perkataan, tp kompiden dia xboleh ajak bincang - Bonda ingat masa dia masuk kolej belajar bahasa english kat Taylor Collage, balik rumah dia mengadu yg cikgu tu xpaham2 *sy dah sebut dgn betul, tp cikgu tu yg salah - lepas tu kan Mak.. sy ajar cikgu tu cara sebut yg betul (cikgu ni mat saleh tau tak ) - Dia marah dan nak berhenti sekolah dia kata cikgu tu yg bodoh..!! Sy nangis gelakan cara dia explain pd sy, wahai Allah berikan anak sy ni kebaikan dunia - akhiratnya yg tak terjangkau dek akal sy membetulkannya Dia mudah sentap dgn sy, Sy xboleh cakap dia xpandai sekolah dia akn sakit hati.. Walau dia dapat result D atau G - dia tetap yakin menjawab pd sy mak ni ingat sy bodoh tengok subjek lain semua ok..!! Sy Pandang sudut baik dia, kelemahan dia sebenarnya ialah kelebihan pd dirinya - dan kami bertabah hati dgn kerenah dia sanggup usik @ctdk_official maaf sgt2 dia xbermaksud begitu sebenarnya ya Dato Siti Dia main2 je maafkan dia dato siti ya Kri ni pelawak dan selamba kalau sakat org - arwah Mak sayang sgt dia ni - dia suka kawan Makcik2 tua - sakat orang mmg hobi dia..!! #dileksia ##fyp #funny #bondarozitaibrahim #ibondarozitaibrahim #dherbsterlajaklaris #terlajaklaris ♬ original sound - BUTIK AS HIJAB
Meskipun perbualan itu dianggap gurauan sesama keluarga, netizen memuji ketabahan Rozita melayani karenah Aliff yang semua sedia maklum dengan perangainya seperti itu.
Tidak terkecuali, Aliff juga dilihat begitu menghormati ibunya yang sentiasa memberi nasihat dan teguran agar tidak leka dengan ketaksuban diri.
"Dia ni nampak sangat menghormati mak dia, tak pernah melawan mak dia. Macam budak kecik je mak dia buat dia. Tetapi ego dia tetap rendah depan mak dia," kata netizen.
from The Reporter https://ift.tt/fD9dkhC
via
IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/WyTFrep
via
IFTTT