loading...

Wednesday 9 December 2020

(Video) Anjing enggan makan & minum, setia menunggu kepulangan tuannya yang dah meninggal dunia


Seekor anjing di China enggan makan dan minum kerana menunggu mendiang tuannya kembali, menurut laporan media tempatan. 


Video rakaman orang awam di Guiyang, wilkayah Guizhou, selatan China menunjukkan haiwan itu terbaring di lantai di timbunan suratkhabar lama dan kertas laporan perubatan serta kelihatan sedih dan tidak sihat. 


Menurut sumber, anjing itu menunggu kepulangan tuannya sejak lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia baru-baru ini. 


Difahamkan, anjing berkenaan dibela oleh lelaki berkenaan sejak 15 tahun lalu. 


Ketika perakam cuba menghulurkan makanan dan minuman, haiwan itu langsung tidak memberikan sebarang respon. 


"Sejak orang tua itu meninggal dunia, anjing ini tidak mahu makan atau minum. Baring sepanjang hari di timbunan kertas. Orang tua itu dah bela dia lebih kurang 14 atau 15 tahun."


Justeru, beliau meminta individu mahupun pihak berwajib datang menyelamatkan anjing itu. 



Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/39VirS0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/371dh4Y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...