loading...

Wednesday, 9 December 2020

'Awak ni merokok ke?' - Tertekan kerap dituduh merokok, wanita ini dedahkan punca bibir anaknya hitam


Makanan sihat sangat bagus untuk kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Di samping itu juga, pengambilan makanan yang sihat juga dapat mencerdaskan minda anak-anak. Makanan ringan dan segera perlu dikurangkan atau terus dielakkan untuk kesihatan yang berpanjangan. Bukan sahaja anak-anak, golongan dewasa juga disarankan mengurangkan pengambilan makanan sebegitu.


Di sangka merokok, tuduhan itu membuatkan anak lelakinya ini berasa tertekan. Begitu perkongsian oleh wanita ini yang menyatakan perubahan yang terjadi pada anaknya itu adalah kesan dari pengambilan makanan yang tidak sihat. Wanita ini cuba mencari solusi, dan akhirnya dia menemui punca itu.


MAK ayah mana yang tak sayang anak. Kalau boleh, segala apa yang anak nak, semua mak ayah nak bagi. Segala hajat, kalau boleh nak ditunaikan. Samalah dengan saya.


Masa kecil, anak-anak saya 'picky eater'. Makan sangat memilih. Bila dah masuk sekolah rendah, baru anak-anak belajar makan semua jenis makanan kerana makanan yang disediakan di kantin sekolah tiada pilihan (ia sudah termasuk dalam yuran bulanan).


Akan tetapi anak bujang sorang saya ni, Abid, walaupun pandai makan semua jenis makanan, dia amat gemar kepada roti, roti canai dan mee (kuning, segera). Dulu, sebagai seorang Mak yang tiada ilmu pemakanan, saya turutkan saja kemahuan anak bujang sorang saya ini.


Sehinggalah tahun lepas, semasa Abid menghadiri temuduga kemasukan sekolah menengah Tingkatan 1, hampir setiap penemuduga akan bertanyakan kepada Abid, "Awak ni merokok ke?".


Terkejut kami apabila Abid menceritakan semula kepada kami apa yang ditanya oleh penemuduga. Kami mula memerhatikan bibir Abid. Selama ini, kami ingatkan disebabkan tabiat dia yang suka menggigit bibir yang menyebabkan ia bertukar menjadi warna hitam.


Kami turut menanyakan soalan yang sama kepada Abid, memandangkan dia di umur meningkat remaja, sifat ingin tahu dan sifat ingin mencuba benda baru mula muncul. Abid hanya menyatakan bahawa dia tak pernah cuba merokok dan kami pun tahu bahawa dia berkata benar.


Setelah dia diterima masuk ke sekolah berasrama pada awal tahun 2020, dia sering ditanya soalan yang sama oleh rakan sebaya dan senior serta guru-guru. Abid menjadi semakin tertekan dan merasa rendah diri dengan soalan-soalan yang diterima. Kami juga buntu.


Kami membawa Abid untuk mendapatkan rawatan di klinik biasa dan doktor kata ia hanya disebabkan oleh pigmentation atau pewarnaan kulit.


Kami tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh doktor. Suami saya tergerak hati untuk meminta pendapat Dr. Linda Mat Hassin di Skyhill Clinic.


Suami saya membawa Abid untuk bertemu dengan Dr Linda. Selain dari kesan penghitaman di bibir, Abid turut mengalami kulit gatal di bahagian siku. Habis digarunya sampai berdarah-darah sehingga ada doktor yang mendiagnosis sebagai kudis buta dan sering diberi ubat krim steroid yang hanya memberikan kelegaan sementara.



Setelah diperiksa, Dr Linda menyatakan Abid mengalami inflamation seluruh badan, disebabkan oleh makan bergluten (dari tepung gandum), makanan manis bergula dan 'junk food'.


Selepas berbulan-bulan di bawah pengawasan Dr Linda dan diberi pelbagai preskripsi suplemen untuk membetulkan fungsi ususnya yang rosak teruk akibat tabiat pemakanan 'high-gluten', 'high-sugar' dan 'high-dairy', Abid menunjukkan hasil positif. Tiada lagi kesan hitam-hitam di bibir dan kulit di sikunya kembali sihat.



Melihatkan kejayaan rawatan oleh Dr Linda dan regimen diet #nosugar #nowheatflour #nodairy untuk Abid, maka saya dan suami mengambil keputusan untuk mengamalkan regimen diet ini di rumah kami. Ini kerana saya juga sangat mudah untuk mendapatkan serangan gegata (hives) tanpa sebab.




Gigitan serangga (semut, nyamuk) juga akan menyebabkan pembengkakkan luar biasa pada kulit saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana asbab Abid, saya mempelajari ilmu kesihatan.


Dari situ, saya sering mencari ilmu supaya kesihatan saya dan keluarga dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Sihat itu sememangnya jihad. Bukan mudah nak berubah dari tabiat makan 'nak yang mudah dan cepat' kepada 'yang sihat, berkhasiat dan bermanfaat'.


Roti canai sangat mudah nak diorder dan murah berbanding dengan makan 'whole food' seperti buah-buahan di waktu pagi.


Mee segera dan mee kuning yang diperbuat dari tepung gandum sangat mudah, sedap dan murah serta senang disediakan berbanding dengan bihun yang diperbuat dari tepung beras yang agak renyah untuk dimasak. Namun, menurut Dr Linda, kesemua makanan yang 'mudah, murah, cepat' ini hampir kosong nilai nutrisinya.Its just empty calories.Sedap tetapi tiada nilai khasiat kepada tubuh badan.


Bagi yang tidak tahan, ia boleh menyebabkan kerosakan usus setelah bertahun-tahun makan makanan yang zero nutrisi ini.


Ada kanak-kanak yang terbantut tumbesarannya kerana kerap dihidangkan roti, fries, nugget, minuman / susu manis, mee segera kerana ia mudah, murah dan cepat.


Ada yang mendapat ekzema. Apabila dewasa pula, akan mendapat komplikasi obesiti, kencing manis, sakit jantung dan banyak lagi. Tidak ada zat besi, tiada protein, tiada mineral, tiada serat langsung dalam makanan 'mudah, murah, cepat' ini.Kosong.


Kasihan anak-anak saya ketika saya tiada ilmu pemakanan sihat ini dulu. Sebab nak cepat, nak senang, nak murah punya pasal.


Ya, memang kami berjihad. Berjihad melawan nafsu malas, nafsu nak cepat, nafsu nak mudah, nak sedap di tekak.


Jihad nak berhenti makan roti, kek, pastri, biskut yang sedap, tetapi mengandungi gluten dan akan membawa mudarat kepada kesihatan kami. Jihad nak berhenti dari makan makanan manis-manis yang sedap, yang diperbuat dari gula putih, demi kesihatan kami.


Setakat ni kami masih berusaha. Ada masa kuat lawan nafsu. Ada masa lemah dan tewas dek nafsu makan. Tapi, kami tetap berusaha.


Dengan berniatkan untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah ini supaya dapat kami jadi manusia bermanfaat dan konsisten beribadat kepada Yang Maha Esa sehingga ke akhir hayat nanti. In shaa Allah.


Sumber: Nurul Aini Mohd Noor



from The Reporter https://ift.tt/2VVLL2D
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/370024D
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...