Penyanyi Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Jumaat 11 September 2020, selepas enam hari bertarung nyawa di Hospital Putrajaya, susulan kemalangan yang berlaku pada Sabtu, 5 September 2020 yang menyebabkan dia koma.
Jenazahnya telah dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran.
Bagaimanapun semalam, ada seorang pengguna Facebook bernama Fatin Syahirah memuat naik komen yang bukan sahaja biadab, malah mengguris hati keluarga Sandra.
"Hujan renyai, mati hari Jumaat tak menjamin syurga pun kalau dah jenis mati katak, free hair, balik dari tempat menyalak, eksiden then koma," tulis.
Berang dengan kenyataan itu, ramai netizen yang menyerang individu terbabit sebelum dia bertindak memadamkan komen itu dan menyahaktifkan akaun Facebooknya.
Kenyataan individu itu turut membuatkan ibu Sandra, Nur Syakinah Abdullah berasa terkilan.
"Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu.
"Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis, ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak itu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.
"Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda.
"Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredai. InsyaAllah," katannya menerusi Facebook.
from The Reporter https://ift.tt/3itKTvO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3bSUycS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment