Semustahak mana pun urusan anda, jangan sesekali mengamalkan 'double park' kerana tindakan itu akan menyusahkan orang lain yang meletakkan keretanya di petak yang sepatutnya. Tiada istilah penduduk flat/pangsapuri mengamalkan 'double park' kerana petak parking telah disediakan dan jika tiada kosong sekalipun, parkirkanlah kenderaan anda di tempat yang tidak menghalang laluan pemilik kenderaan lain.
Sebaik-baiknya, carilah petak kosong dan parkir dengan betul walaupun berada jauh dari destinasi atau tempat tinggal daripada menyusahkan orang lain. Ini kerana, tidak semua orang yang boleh bertoleransi dengan perbuatan 'double park', seperti yang berlaku dalam video viral di media sosial baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh Rohana Daud pada jam 11.44 malam Jumaat menunjukkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta yang menghalang kenderaannya untuk keluar.
"Lagu mano nak kiro ni? Kereta blocking, demo hon dua kali jah, tak sampai lima minit pun. Demo ambik bata merah lalu pecahkan cermin.
"Tuan kereta dok tingkat satu jah. Pahtu jerit doh dari atas rumah soh tunggu bentar. Tapi demo ore biso takleh tunggu diss. Demo patut kena faham situasi park kereta kat area flat lagu mano.
"Kawe respect demo. Demo ore biso, demo ore baru dok sini jadi tak tahu caro ya atau demo nak tunjuk lagak ya?
"Takpo, kawe cari demo sampai jupo. Kalau video pun kawe bulih dapat. Nak cari demo tak susah rasenya. Kita jupo, kita dok semeja, kawe belanja demo minum air deh. See you soon. Kawe ada saksi dan bukti," tulisnya.
Di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang menyelar tindakan pemilik Kancil, tidak kurang juga menyalahkan pemilik Honda yang kurang bersabar.
YANG SETUJU DENGAN TINDAKAN PECAH CERMIN
YANG TAK SETUJU DENGAN TINDAKAN PEMANDU HONDA
Sumber: Rohana Daud
from The Reporter https://ift.tt/2DSacbO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RhQadN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment