Pengasasnya, Abdullah Syafiq Ahmad, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari UNITEN dan sebelum itu bekerja di firma audit, tujuh tahun lalu. Namun hatinya mula terdetik untuk mengejar cita-citanya iaitu membuat cerita atau filem mengikut karyanya sendiri.
"Lepas tu, bukan kerja audit je. Aku buat macam-macam, aku kerja katering, 7E, jual tin. True story, starring me," selorohnya di hadapan tiga rakannya yang lain.
Tetapi masalah timbul apabila Syafiq mahu melakukan kerja-kerja suntingan video di mana pada awalnya hanya menggunakan komputer 'cikai'.
Seperti kebanyakan orang lain, Syafiq pada awalnya juga berasa segan apabila berada di depan kamera. Apatah lagi semua perkara dilakukannya sendiri.
Menyedari usaha itu tidak akan berjaya jika dilakukan sendiri, Syafiq mula mengajak rakan-rakannya untuk berkerjasama. Antaranya, Ariff Jalil (Budak Topi), Faizzudin Hamzah, Luqman Z, dan Akmal Azwar yang masing-masing memiliki kepakaran tersendiri.
Namun, masalah yang sama masih belum selesai bila mana hasratnya untuk meningkatkan kualiti video terbantut disebabkan spesifikasi komputer yang digunakan terlalu rendah dan tidak sesuai untuk melakukan kerja-kerja suntingan video berkualiti tinggi.
"Lepas pc dia hang, aku pun jem juga la. Aku macam, apa nak buat eh? Fikir balik, aku teringat budak yang seminggu baru aku kenal tu (Akmal Azwar)," katanya.
Logiknya, tiada sesiapa yang berani meminjamkan barang berharga kepada orang yang baru saja dikenali. Tetapi disebabkan kepercayaan dan semangat untuk melihat rakan berjaya, Akmal izinkan juga.
"Apa ni bro? Kita baru seminggu kenal, aku tak tau perangai kau macam mana. Baik buruk kau mana aku tau. Luar dalam semua mana tau. Terus nak pinjam pc (harga RM10,000).
"Haih... bolehlah," katanya seperti yang diceritakan semula dalam video tersebut.
Perjuangan TBH mula menampakkan sinar kejayaan apabila usaha mereka selama ini akhirnya membuahkan hasil sehingga dianugerahkan Best YouTuber Award dan begitu juga dengan Syafiq yang mendapat anugerah Asian Top Social Media Influencer Award.
Selain itu, banyak pihak yang datang untuk menggunakan khidmat kepakaran mereka membuat video seperti Astro, TV3, Digi, Old Town White Coffee, Petronas dan DST Communication Brunei.
"Dalam kita buat sampai sini tu, orang ingat macam senang je, orang tengok elok-elok kan. Yang orang nampak yang gah, power-power je. Tapi orang tak nampak apa kesusahan yang kita lalui.
Dengan masalah kewangan yang dihadapi, mereka tidak dapat membayar bil utiliti dan sewa rumah.
Meskipun berada dalam keadaan susah, tidak terdetik di hati Syafiq untuk meminta bantuan dari ibu bapanya.
"Masa tu tak balik rumah la, sebab dah cukup susahkan family. Dengan apa yang dia bayar kita belajar dulu, tiba-tiba kita tak ikut apa yang diorang nak.
"Tapi sebenarnya diorang nak pastikan masa depan kita cerah, tapi kali ini kita yakin dengan apa yang kita buat," katanya.
Seperti peniaga atau usahawan lain, TBH juga melalui masalah ditipu oleh pelanggannya yang merupakan orang kenamaan. Mulut kata sudah bayar, tetapi amaun yang dikatakan itu tidak pernah muncul dalam akaun bank. Lebih teruk lagi, TBH juga pernah dikhianati oleh rakan sendiri.
"Ada part yang member kita khianat kita. Part tu tak boleh do..." katanya yang teringat pada kes peralatan kerja TBH telah diambil oleh bekas rakan sekerja.
Perkara itu membuatkan Syafiq terkilan sehingga menitis air mata.
"Tak apalah bro. Sekarang kita dah dapat 1 million subscriber ni, boleh kita berlagak sikit dengan diorang," pujuk Akmal untuk menenangkan hati Syafiq.
Namun bagi Syafiq, bukan itu yang hendak dikejar. Tetapi apa yang mereka buat selama ini adalah kerana minat dan mahu menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat di luar sana.
"Berlagak? Kita bukan kejar pun view dan one million subsribers semua ni. Benda yang kita buat ni sebenarnya kerana hobi kita, passion kita.
"Kita nak sampaikan mesej kepada orang di luar sana supaya menjadi masyarakat yang bagus terutamanya kepada anak muda dan generasi akan datang, supaya mereka menjadi lebih bagus daripada kita.
"Itu tujuan aku buat Team Buat Hal sebenarnya. Bukan untuk famous atau apa. Sebab aku sendiri masa kecik suka buat video, tengok filem. Tapi kalau setakat kejar subscriber, ada apa dengan subscriber? Satu juta subscriber, apa dia boleh buat?
"Biarlah view kita sendu ke, 20,000 ke, tak sejuta macam orang lain ke, tak kisah. Tapi kau kena ingat, kita mungkin tak boleh ubah mentaliti semua orang dengan mesej kita.
"Tapi dalam 20,000 view itu aku harap ada seorang viewer itu yang betul-betul bersemangat macam kita juga. Manalah tahu kalau suatu hari viewer itu jadi Perdana Menteri ke, Menteri ke, dia ubah benda yang tak betul jadi betul.
"And the best thing is, dia jadi macam tu sebab dia mendapat inspirasi daripada kita. Kita yang buat dia macam tu.
"Aku amat berbangga dengan satu juta yang ikut kita. Sebab masih ada 1 juta orang yang sokong mesej kita. Satu juta bukan segalanya, quality isn't the thing. Quality is the thing. We may not change the whole world, but we may change a person. And when a person change another, thats mean a person can change the world," katanya.
Dengan kata-kata semangat itulah yang akan mendorong Team Buat Hal untuk terus menyebarkan kebaikan kepada pengikutnya di luar sana dengan harapan mesej itu disebarkan kepada orang ramai.
Jutaan tahniah untuk Team Buat Hal / ASA Production. Semoga usaha dan kerja keras team anda dapat memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk terus menjadi insan yang lebih baik dari sebelum.
from The Reporter https://ift.tt/32mkpGO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32p9igC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment