Di media sosial kini dipenuhi dengan kisah perceraian pendakwah bebas, Daie Farhan dengan isteri pertamanya. Selepas dialog '18 dan 19' tular dan diparodikan, kisah luahan isteri pertama daie tersebut pula menjadi perhatian.
Tidak terhenti di situ,tumpuan netizen pula beralih kepada luahan adik kepada Daie Farhan. Dia turut berasa kecewa dengan sikap abangnya sendiri. Kerana pertahankan kakak iparnya juga, dia telah disekat oleh abangnya di media sosial.
SEMALAM adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.
Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.
Sudah berapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu support emosi beliau, datang ke rumahnya sewaktu suami beliau tiada, dengar luahannya dan lain-lain.
Saya tahu keputusan ini berat untuk beliau terima. Tapi beliau kuat dan redha.
Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak redha, kamu tidak akan ke mana. Menyesal kemudian tiada guna. Kembalilah ke jalan bahagia.
Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula kepangkuan keluarga.
Untuk 'wanita' yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu.
Kak Fatin, kami ada bersama Kak Fatin. Kita sama-sama uruskan sehingga mahkamah putuskan semuanya nanti.
Allah musta'an.
*Gambar ini sewaktu saya menziarahi Kak Fatin memberi sokongan dan semangat kepadanya.
Sumber: Nik Fatma Amirah
from The Reporter https://ift.tt/362kQ8p
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2P9FNax
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment