loading...

Monday, 9 December 2019

(Video) 'Mohon PDRM angkut geng besar kepala ni' - Geng konvoi kahwin sekat laluan undang kemarahan netizen


Viral di media sosial semalam video dashcam yang menunjukkan beberapa buah kenderaan bertindak menghalang laluan pengguna jalan raya lain di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Berdasarkan video itu, sebuah kereta Kia Forte berhenti di tengah persimpangan bagi menghalang kenderaan dari arah kanan meneruskan perjalanan, bagi memberi laluan kepada rakan-rakan konvoi yang lain melalui jalan itu. 

Tidak berapa lama kemudian, datang dua buah kereta Myvi turut berhenti di tengah persimpangan dan menyekat laluan itu sepenuhnya. 

Sebanyak 19 buah kenderaan terlibat dan hanya sebuah kereta yang nombor pendaftaran yang dapat dilihat dengan jelas iaitu WVF4099.

Orang awam tidak mempunyai hak untuk menahan kenderaan di persimpangan lampu isyarat bagi memberi laluan kepada konvoi. Tiada istilah marshall berkuasa berbuat demikian. 


Di media sosial, netizen menyelar tindakan 19 pemandu kereta itu yang jelas sekali kurang ajar dan biadab, menggesa Polis Diraja Malaysia mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka. 



from The Reporter https://ift.tt/2LQVmmX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36lzyHx
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...