Jumaat lalu, seorang wanita di Filipina dipenggal dan otaknya dimakan hanya kerana mangsa bercakap dalam bahasa inggeris.
Sebelum kejadian, seorang saksi melihat mangsa bersama dengan seorang lelaki yang didakwa mempunyai masalah mental. Mangsa kemudian dilaporan hilang yang membawa kepada penahanan seorang suspek, Lloyd Bagtong, 21, di Misamis Oriental, untuk siasatan.
Ketika disoal siasat, Bagtong mengaku telah memenggal kepala mangsa dan otaknya dimakan dengan nasi. Suspek turut mendedahkan lokasi mayat mangsa disembunyikan.
Berdasarkan maklumat itu, polis telah membawa suspek ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa berada keadaan separuh bogel tanpa kepala dengan kedua tangannya diikat. Lokasi mayat disembunyikan itu berada 4 kilometer dari rumah suspek.
Kronologi kejadian, suspek ternampak mangsa berada di sebuah tanah perkuburan berhampiran dan memukul mangsa dengan objek logam sebelum kepalanya dipenggal dengan menggunakan senjata seperti sabit.
Suspek mengaku dia bertindak sedemikian kerana tidak memahami dan berasa jengkel dengan mangsa yang bercakap dalam bahasa inggeris.
Dalam pengakuannya itu, suspek berkata dia telah memakan otak mangsa bersama nasi dan tengkorak mangsa dibuang ke sebuah lubang yang tidak jauh dari rumahnya.
Di tempat kejadian, polis menemui kain yang terdapat kesan darah yang dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari lokasi kejadian dan
Polis turut menemui kain dengan kesan darah, yang dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari lokasi kejadian ke rumahn suspek.
Ketua Polis Talisayan, Kapten Maribeth Ramoga berkata, suspek dibawa ke Pejabat Pendakwa Wilayah di Cagaya de Oro pada jam 7.40 pagi untuk disiasat kerana tiada pendakwa raya yang bertugas di Talisayan pada hari itu.
Dalam perjalanan, tayar kenderaan pengiring meletup. Di kesempatan itu, Bagtong meminta kebenaran untuk turut kerana mahu membuang air kecil. Ketika polis mengalih posisi tangannya ke depan, suspek terus merampas pistol anggota dan melepaskan tembakan.
Polis kemudian membalas tembakan itu sebanyak tiga das tembakan yang dua daripadanya terkena dada dan satu lagi das tembakan terkena bahagian sisi badan.
Suspek yang cedera dikejarkan ke hospital, tetapi sudah terlambat apabila doktor mengesahkan suspek telah meninggal dunia.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/353LUUx
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33ZZHKt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment