Seorang bayi berusia dua bulan di Jakarta, Indonesia meninggal dunia selepas ibunya tidak tahu bahawa bayi di bawah usia empat hingga enam bulan tidak boleh diberikan makanan pejal dan menyuap dua anak kembarnya dengan dua sudu buah pisang setiap seorang.
Pada keesokan harinya, si ibu mendapati salah seorang anak kembarnya sudah tidak bernyawa dan segera membawa mangsa ke klinik berhampiran. Pihak klinik kemudian melaporkan kematian mangsa kepada polis menyebabkan wanita itu ditahan untuk disoal siasat.
Polis tidak menemui sebarang kesan dera pada mayat mangsa dan bedah siasat menemui potongan buah pisang di kerongkong bayi itu.
Si ibu memaklumkan kepada polis yang dia tidak tahu bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh diberi makanan pejal kerana sistem penghadaman mereka masih belum berkembang sepenuhnya.
"Anak kembar yang seorang lagi selamat, tetapi kembar sulung pula meninggal dunia. Mungkin sudah ditakdirkan begitu?" kata si ibu.
"Saya hanya beri kepada mereka dua sudu kecil buah pisang, bukannya saya paksa mereka makan sebiji pisang," jelasnya.
Jurucakap polis, Erick Sitepu berkata, kejadian itu berlaku pada jam 8 malam di mana si ibu cuba memberi anak kembarnya makan buah pisang menggunakan sudu bayi sebelum menidurkan mereka.
Polis kini sedang menyiasat sama ada kejadian itu disengajakan ataupun tidak.
Sumber: Kidspot, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2sDVVd2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PvN3PC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment