loading...

Friday, 13 December 2019

Datuk bunuh isterinya kerana tak tahan dengar gosip yang mendakwa mangsa curang


Seorang lelaki berusia 72 tahun tergamak menetak wajah isterinya sendiri sehingga mati kerana bengang mendengar gosip yang mendakwa isterinya curang.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Selasa 10 Disember 2019, di Tangerang Selatan, Indonesia, suspek yang dikenali sebagai Mbah, baru ke pulang ke rumah dan melihat isterinya (32) sedang menonton TV di sebelah anak mereka berusia 3 tahun sedang tidur. 

Mbah kemudian meminta isterinya membuat air kopi untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja mencari rezeki untuk keluarga.

Suspek: "Saya haus, ada kopi tak?" 

Mangsa: "Sudahlah, pergi sana."

Bengang mendengar jawapan isterinya, suspek terus mengambil golok di atas peti sejuk lalu dilayang ke wajah mangsa bertubi-tubi. 

Mangsa mengalami pendarahan teruk dan maut di tempat kejadian. Suspek pula terus melarikan diri dari rumah itu ke rumah anaknya di Gunung Sindur. 

Kejadian itu disedari oleh jiran yang kemudian datang memeriksa dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, sementara anak mangsa menangis tidak berhenti-henti. 

Polis tiba di tempat kejadian dan terus melakukan siasatan sebelum menghantar sepasukan anggota polis untuk memberkas suspek. 

Ketika diminta keluar dari rumah, suspek keluar dengan tangannya yang masih memegang golok. Tetapi berjaya ditumpaskan oleh polis dan terus dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. 

Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian kerana sudah sekian lama menahan geram lebih-lebih lagi kemarahannya membara selepas mendengar gosip isterinya berlaku curang. 

Tetapi, suspek menjelaskan dia tidak berniat untuk membunuh mangsa, hanya sekadar mahu mencederakan wajahnya agar tiada lelaki lain yang mahu mendekatinya. 

Sebelum berkahwin pada 2012, suspek merupakan duda dan mangsa juga berstatuskan janda. Gosip yang mengatakan mangsa curang juga mula timbul sejak beberapa tahun sebelum ini. 

Polis kemudian meminta suspek menunjukkan bukti bahawa isterinya curang, tetapi suspek tidak dapat berbuat demikian. Malah dia sendiri tidak pernah melihat mahupun mencekup mangsa berlaku curang. 

Suspek akan didakwa di mahkamah dan bakal berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun kerana membunuh.

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/2EepHrc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PgVWw7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...