loading...

Tuesday, 31 December 2019

Ladyboy tercantik di Thailand berjaya tewaskan wanita tulen dalam pertandingan ratu cantik


Bukan menjadi rahsia lagi, umum tahu negara Thailand mempunyai banyak 'kathoey' atau 'ladyboy' (wanita transgender), malah golongan itu diiktirafkan sebagai gender ketiga. 

Mereka adalah orang yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi menukar alat kelaminnya melalui pembedahan. Walaupun begitu, kecantikan mereka berupaya mengugat iman lelaki yang datang ke negara itu. 

Salah seorang ladyboy yang terkenal kerana kecantikannya itu adalah Rinrada Thurapan atau lebih dikenali sebagai Yoshirin, berusia 22 tahun.


Disebabkan kecantikannya itu, dia berjaya memenangi dua pertandingan kecantikan. Tahun 2017, Yoshirin menang dalam acara Miss Tiffany Universe. Setahun kemudian, dia mengikuti pertandingan Miss International Queen dan berjaya tersenarai dalam Runner Up Miss International Queen 2018. 

Selain kariernya itu, Yoshirin juga menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang sanggup menerima dia sebagai teman sehidup. 

Kita cinta mereka bermula ketika Bao pergi ke Thailand untuk urusan perniagaan dan bertemu dengan Yoshirin lalu terjatuh cinta pada pandangan pertama. 

Walaupun kelihatan aneh di mata masyarakat, Bao tidak menghiraukan semua itu dan dia tetap berkahwin dengan Yoshirin dan kini hidupnya bahagia. 


"Tubuh Yoshirin sama seperti tubuh wanita normal dan itu tidak akan mempengaruhi kehidupan suami isteri di antara kami," kata Bao. 

Hasil dari kemenangannya menyertai pelbagai pertandingan kecantikan, Yoshirin telah membeli sebuah villa mewah untuk kedua orang tuanya yang dahulunya mereka merupakan keluarga susah.

Yoshirin mengaku dia tertarik menjadi wanita sejak berusia 14 tahun tetapi ditentang oleh kedua orang tuanya. Di usia 18 tahun, Yoshirin melakukan pembedahan menukar alat kelaminnya dan mula menukar dirinya menjadi seperti wanita tulen biarpun ditentang hebat oleh bapanya. 

Lama kelamaan, bapanya terpaksa reda dan menerima kesongsangan anaknya itu. 



Dari sudut agama Islam, lelaki atau perempuan yang berubah menjadi pondan/tomboi adalah haram. Ia termasuk di dalam larangan dalam hadis yang masyhur bahawa Nabi melaknat golongan lelaki yang menyerupai golongan wanita dan golongan wanita yang menyerupai golongan lelaki.

Hukum melakukan pembedahan jantina adalah berdosa besar kerana ia mengubah ciptaan Allah Taala dan mengikut petunjuk syaitan. Doktor yang melakukan pembedahan tersebut juga terlibat dalam dosa besar. 

Firman Allah: 

"Janganlah menolong di atas dosa dan kezaliman." (Surah al-Maidah: 2). 

Mereka juga boleh dihukum takzir oleh kerajaan jika diadukan kes ini kepada pihak bertanggungjawab. 

Sumber: Kankan News


from The Reporter https://ift.tt/39uFocg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SCaVTA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...