loading...

Friday, 20 December 2019

'Dalam 1 jam, mereka dapat RM150, aku? terkial-kial nak buat sales RM30' - Peniaga nanas dedah penipuan pengemis di depan Maybank Bangi


Tidak dinafikan masyarakat Malaysia sangat bermurah hati menghulurkan derma kepada sesiapa yang mengemis di tepi jalan, kaki lima dan sebagainya biarpun sudah terlintas di fikiran bahawa pengemis itu adalah scammer terutamanya di ibu kota. 

Sikap ini membuatkan golongan ini semakin membiak kerana melihat potensi mendapat keuntungannya adalah besar dengan cara memperdaya orang biarpun mengetahui pendapatan seperti itu adalah salah di sisi agama dan undang-undang. 

Terbaru, seorang peniaga nanas mendedahkan tindakan tidak bertanggungjawab pasangan dari Thailand ini mengemis di hadapan di sebuah premis Maybank di Bangi. Bagi yang biasa mengunjungi premis itu, pasti ingat muka pasangan ini yang rupa-rupanya penipu. 

AKAL, EMOSI DAN SENTIMEN

Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah Nanas MD2, Nanas potong MD2 dan Jus Nanas MD2 100%. Aku seronok dan tidak segan untuk menjual nanas di jalanan dan kaki lima. Melalui berniaga di jalanan dan kaki lima, aku dapat melihat dan merasai sedikit sebanyak perit jerih peniaga jalanan dan ragam-ragam pelanggan.

Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari 'perniagaan' berupa SIMPATI dan sentimen.

Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan dua orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai kopiah, kain pelekat, tudung labuh sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu.
Yang makcik tu akan letaklah keropok-keropok (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. Tak susun elok-elok pun, macam tak minat jual sangat pun. Yang pakcik pula, bawa bam (takde kualiti dan murahan) dalam beg kecil kononnya sebagai barang perniagaan. Harga yang dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yang dijual. Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul-betul di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil. Mereka boleh berbahasa 'kelate' dan akan cuba create 'small talk' dengan aku mungkin sebab segan dengan kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga di tanahair sendiri.

Kalau dibandingkan bisnes model aku dengan mereka, jauh lebih sukar bisnes aku sebab untuk aku set up booth sahaja akan mengambil masa 20 minit. Itupun kalau aku dapat parking MPV aku dekat dengan kaki lima dan dapat offload barang dengan lebih efisyen. Itupun kalau parking ada kosong.

Selepas itu, aku kena angkat 2-3 bakul berisi nenas seberat 50-100 kg, peti sejuk beku polystrene berisi nanas potong dan jus, penimbang digital, 3 keping plywood untuk letak nanas, kain untuk lap botol jus, tisu, baldi kecil isi air untuk cairkan jus yang beku, bekas duit tukar, tester nanas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dll. Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit nanas, membuang mata nanas, memotong nanas, slow juicing nanas, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dengan stiker produk, dll. 

Kesimpulannya, bisnes model aku berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.

Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk nanas-nanas aku, kagum aku melihat 'perniagaan' berteraskan simpati pakcik makcik itu begitu laris. Boleh kata ada saja pelanggan yang 'mencampakkan' 10 ringgit, 5 ringgit kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa-apa pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!

Sedangkan aku pula, walaupun nenas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam-macam dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yang dapat meyakinkan mereka.

Ada juga insiden di mana, seorang pelanggan muslimah siap berniqab ini baru keluar bank dan terus meluru ke booth nanas aku, aku sangkakan nak beli nanas, rupa-rupanya nak tukar duit saja. Tanpa berfikir, aku pun menukarkan duit RM10 dia kepada RM5 dua keping. Ingatkan untuk apa, rupa-rupanya diberikan RM5 itu kepada setiap seorang pakcik dan makcik bersila atas lantai itu tanpa mengambil satu barang jualan pun. Takde pun dia nak beli satu pun jualan nanas aku. Takpelah.

Dari jam 8.30 sehingga 9.30 malam , aku anggarkan pendapatan pakcik makcik itu boleh mencecah RM150 setiap seorang. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial-kial nak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yang basah, dll. Seronoknya 'perniagaan' mereka.

Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada pakcik dan makcik tu nak tukar note RM50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit note RM10 dan RM5. Yang menyedihkan, mereka kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dgn mereka. Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih untuk tidak bagi kerjasama sebab nanti 'kantoi' la mereka dapat banyak duit.

Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa 'tak sedap' sebab mereka tahu aku tahu 'taktik' mereka dan pendapatan mereka. Mereka cuba berbaik-baik dengan aku, biasalah sembang-sembang tanya itu ini. Kadang-kadang macam kenen-kenan nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma tak nak beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses nanas-nanas tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa nak kesian.

Jadi aku layan gitu-gitu saja mereka dan ada sekali tu aku bagi penegasan sikit (indirect) yang aku berniaga bukan mudah, kena usaha lebih, ada proses. Bukan senang nak dapat duit orang. Pakcik tu terasa. Terus bangun blah. Malu kot.

Aku perati, dekat-dekat jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand. Parking jauh sikit, nak sorok-soroklah tu. Dan disuruh seorang budak kecil untuk pergi ke pakcik dan makcik tu. Macam messenger la. Supaya tak nampak pemandu Hilux tu. Pakcik dan makcik tu pun akan berjalan menuju ke Hilux tu membawa hasil yang lumayan. Dan berlalu pergilah bisnesman dan bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok kemari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaan mereka akan dibawa ke tempat mereka tanpa memberi apa-faedah-faedah kepada anak-anak jati Malaysia yang masih ramai yang susah dan gigih berusaha siang malam.

Bisnes model menagih simpati dan 'agama' sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang 'cerdik'.

KOPIAH

Muka aku sebijik macam Cina. Orang Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, orang Melayu tengok atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat. BMF punye 'kejayaan'.

Jadi, walaupun aku paling tak suka 'menunggang' agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku kat rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yang sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah. Hahaha. Giler!

Penat aku menulis, namun aku yakin pasaran orang Melayu akan terus 'cerdik' mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak-watak kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli. Patutlah sehingga hari ini orang Islam ke, Melayu ke masih belum dapat membuat kapal terbang sendiri, kereta sendiri, basikal ke, handphone sendiri ke, waima seluar dalam sendiri pun belum lagi. Sebabnya, buat apa susah payah buat dan keluarkan teknologi sendiri. Kan lebih syok duduk atas lantai dan menadah tangan mengaut untung.

Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak 'cerdik' di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Buktinya ialah, mana ada negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dan lain-lain yang rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.

Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH. Gunakan akal kita. Bukan hanya emosi.



from The Reporter https://ift.tt/2McDz9W
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SatttJ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...