loading...

Wednesday, 11 December 2019

'Bila suruh baca surah Al-Fatihah, semua terpinga-pinga' - Netizen ragui gerai makan Thai di BTHO


Makanan yang disediakan menjadi kegemaran pelanggan sehingga kedai tersebut menjadi kunjungan pelanggan saban hari. Pada awalnya, pelanggan tidak mengesyaki status halal kedai tersebut sehinggalah mereka mula melihat patung-patung yang tergantung. Dan dikatakan patung-patung tersebut adalah sebagai pelaris.

Tidak mahu membiarkan pelanggan kedai tersebut terutamanya orang Islam tertipu lagi, seorang lelaki telah berkongsikan kisah di sebalik kedai masakan Thai yang dikatakan terletak di Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn. Dia mula meragui status halal kedai tersebut lalu dia meminta pekerja kedai berkenaan untuk membacakan Al-Fatihah. Tetapi,mereka gagal menyebutnya. 

UNTUK muslimin dan muslimat yang dihormati, gerai makan Thai di AEON BIG Bandar Tun Hussein Onn seperti dalam gambar adalah diragui halalnya. 

Tadi saya nak lunch kali ke 3 di sana. Bila nak order saya mula rasa ragu-ragu sebab ada banyak patung siam dikedai disamping ayat-ayat suci Al Quran yang digantung. 

Saya tanya pekedai dan staff semua mengaku muslim Bangkok dan makan yang disediakan halal. Masih ragu dengan jawapan saya tanya setiap orang supaya membaca surah Al- Fatihah. Semuanya terpinga-pinga.

Saya tanya semula siapa yang islam angkat tangan, sekali ni seorang pun tidak berani mengaku islam. Menjadi tanggungjawab saya memberi tahu muslimin dan muslimat sekalian untuk tidak makan digerai yang status halalnya diragui.

Saya akan melaporkan pada pihak yang berwajib dan sementara itu minta bantuan semua untuk memberitahu yang lain-lain.

Terima kasih.


Sumber: Azhar M Rose


from The Reporter https://ift.tt/2PFHCMP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38v8g3G
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...