loading...

Wednesday, 18 December 2019

'Iklan SugarBook tak dapat kelulusan' - DBKL arahkan iklan lucah itu ditarik balik


Viral di media sosial gambar papan iklan gergasi di dua lokasi di ibu kota mengundang kemarahan netizen kerana iklan itu jelas sekali berbaur lucah. 

Berdasarkan gambar, iklan Sugarbook itu jelas sekali cuba merekrut golongan muda untuk melakukan pekerjaan terkutuk itu. 

Difahamkan, iklan itu dipasang di Republik Bangsar dan Republik Sri Hartamas yang mengalakkan anak-anak muda menyertai mereka sekiranya mahu mencari pendapatan tambahan. 

Menurut individu yang menyebarkan gambar itu mendakwa, iklan seperti itu tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa kerana hanya iklan-iklan produk kesihatan sahaja yang perlu berbuat demikian. 

Netizen mula mempersoalkan tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sewenang-wenangnya membenarkan iklan itu dipasang di tempat awam. 

Bagaimanapun, DBKL melalui kenyataan yang baru dikeluarkan hari ini berkata, iklan itu dipasang di Bangsar dan Bukit Kiara. 

"Hasil siasatan DBKL mendapati pelesen struktur iklan merupakan milik Yayasan Wilayah Persekutuan yang telah melantik Tetuan Out of Home sebagai operator. 


"Kandungan iklan SugarBook yang dipaparkan itu tidak mendapat kelulusan dari DBKL . Pihak operator LED tersebut telah dimaklumkan berkenaan kandungan iklan yang sensitif dengan norma masyarakat Malaysia dan perlu serta-merta mengeluarkan iklan tersebut dari paparan LED berkenaan. 

"DBKL telah mengeluarkan arahan kepada YWP dan Out of Home untuk menarik balik segera paparan iklan tersebut di kedua-dua lokasi terlibat," kata kenyataan itu.


from The Reporter https://ift.tt/35z6aOe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36XbHi3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...