Dua remaja maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori kontena yang berhenti di lorong kecemasan.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.10 petang Khamis, di KM 96, Lebuh Raya Utara Selatan dari arah Gurun ke Sungai Petani, mangsa, Muhmmad Naa'im Mohd Nasir, 17, dan mohmad Zarul Iman Bakar, 16, gagal mengelak lori berkenaan lalu merempuh dan terperosok di belakang lori.
Kemalangan itu menyebabkan kedua-duanya tercampak ke tengah jalan dan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Penang Kini, Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/2Q23TVg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Mf1Gop
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment