Nur Faida, 30, memijak kemaluan suaminya, Syamsul Arifin, 34, sehingga menyebabkan mangsa pengsan ketika mereka bertengkar.
Disebabkan kejadian itu, Nur Faida ditahan dan terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang.
Menurut polis, kejadian itu berlaku di rumah pasangan itu di Kabupaten Probolinggo, Indonesia pada Jumaat 12 Disember 2019.
"Terdahulu mereka bertengkar mengenai masalah kewangan sehinggalah ke topik kehadiran orang ketiga. Mereka selalu bergaduh," kata polis.
Sehingga pertengkaran mereka menjadi semakin teruk, Nur Faida memukul dan menolak suaminya sehingga terjatuh dan kepala terhantuk pada meja.
Ketika mangsa terlentang di lantai, Nur Faida terus memijak kemaluan mangsa sehingga pengsan. Mangsa terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan.
Keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepadas polis dan bertindak di atas laporan itu, suspek ditahan atas dakwaan melakukan keganasan dalam rumah tangga.
Polis sudah mengambil keterangan dari suspek untuk tindakan lanjut. Mangsa juga berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Kompas
from The Reporter https://ift.tt/2sXU4j3
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34OCX0H
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment