loading...

Monday, 30 December 2019

Mulai Jan 2020, pelancong China & India dikecualikan visa dengan 7 syarat ketat ini


Bermula 1 Januari depan, pelancong dari India dan China akan dikecualikan visa selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan. 

Pengumuman kerajaan itu adalah bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) pada tahun depan. 

26 Disember lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menandatangani pewartaan tersebut dan disiarkan melalui laman sesawang Jabatan Peguam Negara.

Berdasarkan warta tersebut, pengecualian visa itu tertakluk di bawah Subseksyen 2(1) Akta Pasport 1966. 

Pelancong dari dua negara itu perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar. 

Pelancong berkenaan hanya dibenarkan memasuki dan keluar dari Malaysia melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pos kawalan imigresen. 

Pelancong dari dua negara itu wajib mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke negara asal atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-mana negara lain jika melakukan perjalanan melalui udara. 

Mereka juga perlu mengemukakan bukti bahawa mereka mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank dengan logo UnionPay, Alipay atau eWallet termasuk mengemukakan jadual perjalanan di Malaysia. 

Pelancong terbabit juga dibenarkan untuk mendaftar semula untuk memasuki Malaysia selepas tempoh 45 hari daripada tarikh meninggalkan Malaysia. 

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2Q7WqFs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QvAUt3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...