loading...

Wednesday, 4 December 2019

'Baru semalam kau buat ramai yang bahagia, hari ini kau pergi selamanya..' - Ibu meninggal dunia selepas melahirkan 3 bayi kembarnya


Seorang wanita di Medan, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas melahirkan tiga bayi kembarnya (perempuan). 

Rahmadina Nasution @ Dina Nasution bersalin secara normal dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Namun pada Selasa 3 Disember 2019, Dina mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia, akibat mengalami pendarahan (tumpah darah). 

Gambar terakhir jenazah Dina dan tiga bayi kembarnya kini viral meluas di media sosial, mengundang rasa simpati netizen. 



Salah seorang rakannya, Sukma Alam, turut meluahkan rasa sedih kerana dia bersama Dina sudah membuat perancangan untuk menyambut kelahiran kembar berkenaan. 

"Baru semalam kau buat ramai orang bahagia dengan kelahiran puteri-puteri mu dan sekarang kau membuat ramai orang yang bersedih di atas pemergianmu. Semoga ditempatkan di syurga terindah," katanya. 

"Perjuangan seorang ibu. Allah sayang pada ibu ini dan keluarganya lalu dikirimkan tiga bidadari kecil dari syurga. Tapi sayang, di saat kebahagiaan itu muncul, Allah ambil semula si ibu untuk kembali kepadaNya. 

"Semoga keluarganya tabah, terutamanya suami. Semoga tiga bidadari kecilnya akan membahagiakan dan membanggakan keluarga dan orang di sekitarnya. Amin," tulis Chairunisa Atardin.

Sumber: Pojok


from The Reporter https://ift.tt/36euxRp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rfC6Iy
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...