Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi atau Zahir, 8, dilaporkan hilang sejak bulan lalu sehingga kini masih belum ditemui.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga ibu bapanya, namun tiada sebarang tanda-tanda yang boleh membantu mencari kanak-kanak itu.
Bapanya, Mohd Fauzi, sudah menemui jalan buntu dan berharap jika benar anaknya diambil orang, pulangkanlah kembali.
"Hari ke 27, tujuh ramadan. Ya Allah, jiwa aku hari-hari tidak tenang. Baran aku pun dah mula datang. Silap sedikit dah mula nak melenting.
"Ya Allah, temukanlah anak aku. Ya Allah, jika ada orang yang mengambilnya, gerakkanlah orang itu untuk pulangkan anak aku. Jika anak aku ghaib, nyatakanlah kembali," tulisnya di Facebook semalam.
Menurut Mohd Fauzi, dia telah cuba berubat secara kampung, bermacam andaian yang keluar. Malah ada yang kata anaknya berada berdekatan dengan rumah tetapi tidak diketahui lokasi sebenar.
"Aku dah tak tahu nak buat macam mana. Berubat cara kampung, bermacam andaian yang keluar. Bermacam tuduhan yang aku kena yang kononnya menurun pun bila aku cerita kebenaran. Boleh pula tukar cerita lain. Pelik.
"Kebanyakan yang kata cara perubatan kampung, anak aku ada di kawasan berdekatan rumah sahaja tetapi tidak dapat diketahui lokasi sebenar.
"Kejap orang bunian ambil, kejap rang lelaki, kejap orang perempuan, kejap cina, kejap indon, orang bangla pun ada.
"Ya Allah, Kau kembalikanlah anak aku," tulisnya.
Doakanlah adik Zahir selamat dan kembali ke pangkuan keluarganya.
Sumber: Mohd Fauzi
LAPORAN BERKAITAN
- 'Dia tak pernah buat begini' - Anak hilang, ibu rayu orang ramai bantu mencari Zahir
from The Reporter http://bit.ly/30kq7pZ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Vkyoqb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment