loading...

Saturday, 4 May 2019

'Walau demam pun, saya akan datang beri kucing/anjing jalanan ini makan'


Viral di media sosial gambar seorang lelaki memberi makanan kepada sekumpulan kucing dan anjing liar, membuatkan netizen rasa terharu dengan kebaikan yang dilakukannya itu. 

Menurut Azman Ali yagn berkongsi gambar tersebut di Facebook berkata, lelaki itu bekerja menjaga tempat letak kereta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dia menggunakan separuh atau lebih dari duit gajinya untuk membeli makanan kepada haiwan terbiar itu. 

"Kerja jaga parkir kereta di pekan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini. 

"Mulianya hati hang walaupun imej nampak biasa-biasa tetapi hati siapa yang tahu. Siapa yang tinggal di kawasan Bukit Mertajam pasti akan terserempak dengan budak ini di lorong-lorong kedai atau bawah jambatan. 


"Dulu dia berambut panjang, pakai baju lusuh dengan seluar pun koyak. Sekali pandang, dia memang nampak selekeh. Tapi apa yang dia buat ternyata berbeza," katanya yang bertemu dengan lelaki itu sejak tahun 2017.

Sementara itu, Anfalazie Anuar, 30, yang ditemui wartawan mStar Online, berkata, dia sudah melakukan kebajikan itu kepada haiwan jalanan lebih 10 tahun lalu, malah dia sendiri ada membela 10 ekor kucing di rumah keluarganya. 

"Saya memang sayang dengan haiwan. Ibu didik saya untuk menyayangi segala macam jenis binatang dan jangan sesekali mengasarinya. 

"Bukan setakat kucing dan anjing saja kena sayang. Dulu pernah ada ular masuk ke rumah kami, tapi saya tak bunuhnya, tetapi bawa ia keluar dan lepaskan," katanya. 


Difahamkan, Anfalazie melakukan dua pekerjaan. Gaji sebagai pekerja pembersihan sebanyak RM850 sebulan, manakala kerja menjag parkir kereta diberi upah RM30 sehari bagi tempoh dua minggu setiap bulan. 

Jelasnya, kosnya memberi makanan berupa ikan dan ayam yang dibeli di pasar berdekatan adalah kira-kira RM50 sehari. Adakalanya dia terpaksa berhutang dengan peniaga di pasar dan tidak kurang juga pernah dibantu oleh adik beradiknya. 

Anfalazie yang hanya mempunyai kelulusan PMR sahaja bersyukur dengan rezeki yang diperolehi dan cukup untuk dia dan keluarganya bernafas termasuk membeli makanan untuk haiwan jalanan. 

"Tiap-tiap hari saya akan datang beri makan kepada haiwan-haiwan ini walau demam sekalipun. Kalau tak, saya sendiri yang akan rasa lebih sakit dan serba-salah sebab tak bagi mereka makan," katanya. 



from The Reporter http://bit.ly/2Wp92IW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2DQX83f
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...