Bukan sahaja jelas melakukan kesalahan dan menyalahgunakan pas lawatan sosial di negara ini, malah mereka dengan biadabnya mengugut pengurus hotel yang menegur perbuatan mereka itu.
Berdasarkan video viral berdurasi hampir satu minit itu, salah seorang dari pelancong terbabit dengan biadabnya menyelar tindakan perakam yang merakam video kegiatan mereka yang 'mengemis' di tepi jalan.
Wanita itu meminta perakam berhenti merakam video mereka, malah bertanya siapa dia untuk merakam semua itu dan apa yang dia boleh lakukan.
Bagaikan tidak mengerti kesalahan diri, tampil lagi rakannya turut mempertahankan wanita terbabit, sedangkan yang lain diam sahaja.
Pengurus hotel yang memuat naik video itu di Facebooknya terdahulu menjelaskan bahawa kegiatan pelancogn asing seperti ini wajar dibanteras kerana mereka telah mengganggu periuk nasi peniaga tempatan di Melaka.
Bukan itu sahaja, bayangkan sekiranya rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama di negara mereka, adakah mereka akan membiarkan begitu sahaja? Sudah tentu tidak kerana ia satu imej yang memalukan.
Sudah menjadi trend pelancong asing mengemis di negara orang bagi membiayai diri mereka agar dapat meneruskan rutin dan perjalanan mereka.
Di media sosial, netizen juga tidak bersetuju dengan cara pelancong asing menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dan mendesak pihak Jabatan Imigresen segera mengambil tindakan terhadap pelancong asing terbabit.
"Jika orang Asia buat macam ni di negara korang, apa korang rasa? Tolong hormat undang-undang di negara ini. Datang ke negara ini sebagai pelancong, maka jadilah seperti pelancong. Jangan salahgunakan pass lawatan korang untuk tujuan peribadi," kata netizen.
from The Reporter http://bit.ly/2E2451y
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2YoXh5Y
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment