Dalam kejadian yang berlaku di KFC Teluk Intan, lelaki terbabit bersama seorang lagi lelaki yang dipercayai ahli keluarganya, menjerit marah terhadap kakitangan KFC yang lambat menghantar ayam goreng yang dipesannya.
Lelaki itu berkata, dia sudah membuat bayaran tetapi hidangan masih belum dihantar. Dia juga berang dengan perkhidmatan restoran itu dan melemparkan kata-kata kesat sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain dalam premis tersebut.
Kemuncaknya apabila lelaki itu mula menghentak meja, salah seorang pelanggan berhampiran yang sudah hilang sabar mula memarahi lelaki itu.
"Berapa lama dah kita di sini? Saya dah bayar, mana dia (hidangan yang dipesan)? Berapa lama (lagi nak tunggu)?
"Saya marah tau tak? Saya lapar tau!" jerit lelaki itu.
"Berapa lama dah kita di sini? Saya dah bayar, mana dia (hidangan yang dipesan)? Berapa lama (lagi nak tunggu)?
"Saya marah tau tak? Saya lapar tau!" jerit lelaki itu.
Menurut pelanggan itu, kakitangan di kaunter KFC sudah menjelaskan bahawa pelanggan perlu menunggu kira-kira 20 atau 25 minit untuk ayam goreng siap dimasak. Bukan itu saja, dia turut meminta lelaki terbabit mengawal emosinya dari terus menimbulkan kekecohan di premis itu.
"WOI! WOI! Sabar boleh tak! Saya tau, dia (pekerja KFC) sudah beritahu 20-25 minit. You bising tau! Diorang (pelanggan lain) mau makan!" kata pelanggan lain.
"WOI! WOI! Sabar boleh tak! Saya tau, dia (pekerja KFC) sudah beritahu 20-25 minit. You bising tau! Diorang (pelanggan lain) mau makan!" kata pelanggan lain.
Tidak berpuas hati ditegur, lelaki tua berbaju kuning itu pula tampil mempertahankan ahli keluarganya itu dan bangkit berdepan dengan pelanggan terbabit.
Tindakannya itu menambahkan lagi api kemarahan pelanggan itu yang lalu memarahinya bertubi-tubi serta mengajaknya keluar dari premis itu sekiranya mahu bergaduh.
Keadaan yang tegang itu memaksa pelanggan berhampiran menjauhkan diri kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.
Tidak diketahui apa penyudah kejadian itu namun netizen menyelar sikap kurang sabar dua lelaki terbabit yang juga hilang adab serta mengganggu ketenteraman awam.
from The Reporter http://bit.ly/2J16xto
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2LlUZCV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment