loading...

Tuesday, 14 May 2019

'Sekali dia meletup, habis terkena badan & kaki' - Dua beranak melecur teruk akibat letupan pressure cooker


Bukan semua perkakasan dapur boleh digunakan begitu sahaja lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perkakasan dapur yang moden. Sebaik-baiknya, baca buku prosedur manualnya terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Dalam thread Twitter yang viral baru-baru ini, seorang ibu dan anaknya mengalami luka melecur teruk akibat terkena letupan periuk tekanan tinggi (pressure cooker). Berdasarkan perkongsian Emma Azman, adiknya diarahkan untuk membuka pressure cooker tersebut dan tidak semena-mena ia meletup lalu mencederakan dia dan juga ibunya. 

Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu berlaku di atas kecuaian diri atau masalah perkakasan, namun netizen wajar jadikan kejadian yang menimpa dua beranak ini sebagai pengajaran dan berhati-hati apabila menggunakan perkakasan memasak seperti itu. 

KORANG kat rumah mesti ada yang pakai pressure cooker tu kan? Aku nasihatkan berhati-hatilah bila pakai benda tu. Tunggulah sampai wapnya dah release baru buka. 

First day puasa, adik dan ibu aku melecur disebabkan pressure cooker. Masa itu, lagi 15 minit nak azan berbuka, ibu suruh adik aku buka penutup pressure cooker itu. Sekali dia meletup dan habis terkena badan dan kaki adik aku.

Kau bayangkanlah, lagi 15 minit nak berbuka, terjadi perkara macam ni. Ya Allah, betul-betul dugaan masa tu. Masa tu dah call ambulans, suruh ambil adik aku. Tapi ibu hantar dia sendiri ke hospital. 

Doktor kata adik aku mengalami luka melecur tahan dua, yang mana ia agak teruk dan kasihan dia. Ibu pula, doktor kata melecur tahap satu. 

Rupanya melecur teruk juga dia sampai doktor buat keputusan yang dia kena bedah pagi tadi (13 Mei). Dia kena buat skin graft, ambil kulit lain dan tampal pada tempat kulit yang sudah mati itu. 

Korang doakan ibu dan adik aku sembuh ya. 

Sumber: Emma Azman


from The Reporter http://bit.ly/30kUeNK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VqGhKG
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...