loading...

Monday, 13 May 2019

'Saya sudah memaafkan mereka yang dianggap seperti cucu sendiri, tiada dendam'


Mohd Mudakir Abdul Wahid, 59, yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja lelaki di Batu 7, Kampung Sijangkang, Banting, sudah memaafkan kesemua remaja terbabit dan enggan memanjangkan lagi perkara itu, lapor Harian Metro

"Saya sudah memaafkan mereka yang dianggap seperti cucu sendiri dan tidak sesekali menyimpan dendam. Ia sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi," katanya.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Mohd Mudakir berkata, dia pada awalnya mahu menegur kumpulan remaja itu yang melepak di kawasan parkir pada 7 Mei lalu, supaya melakukan aktiviti berfaedah terutamanya menunaikan solat lebih-lebih lagi ketika di bulan ramadan, sebelum menjadi mangsa buli mereka. 

Katanya, dia tidak menjangkakan kejadian itu akan tersebar dan mengakui terkejut apabila rumahnya didatangi lima remaja terbabit bersama keluarga serta penduduk kampung malam tadi. 

"Semua remaja itu hadir bagi memohon maaf dan saya memaafkan perbuatan mereka. Mereka hanya budak-budak dan saya turut mengenali ibu bapa mereka yang juga merupakan penduduk kampung sama. 

"Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis. Mereka mungkin berniat untuk bergurau, namun agak melampaui batas," katanya. 

Sementara itu, adiknya, Hairuzaman, 47, berkata, abangnya mula mengalami masalah lembam selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal ke tempat kerja pada Disember 1985. 

Mengulas mengenai kejadian itu, dia dan keluarga kecewa dengan tindakan remaja terbabit tetapi mengambil langkah untuk memaafkan mereka semua serta berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi dan menjadi pengajaran kepada mereka. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter http://bit.ly/2HkPQWw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2JfL6Vr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...