Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, membuat undian di Instagramnya sama ada dia patut mati atau hidup, "Really Important, Help Me Choose D/L" di mana 'D' bermaksud 'die', manakala 'L' bermaksud 'live'.
Undian itu dimuat naik di Instagramnya sekitar jam 3 petang kelmarin dan mangsa turut memuat naik status "WANNA QUIT F**KING LIFE I'M TIRED" di akaun Facebooknya.
Difahamkan, sebanyak 69 peratus rakan Instagram menyokong hasratnya untuk mati. Bertindak di atas jumlah undian itu, remaja terbabit mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan terjun dari bangunan tingkat tiga sebuah rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching.
Mayat mangsa ditemui oleh seorang lelaki pada jam 8.00 malam yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Batu Kawa.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.
Pemeriksaan pada telefon bimbit mangsa menemui status WeChatnya yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, ditulis dalam bahasa mandarin.
Polis percaya, remaja terbabit tertekan selepas bapa tirinya yang bekerja di Singapura, berkahwin dengan wanita Vietnam dan jarang pulang ke rumah seperti biasa sebelum ini.
"Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sementara itu, pelbagai pihak tampil menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap netizen yang terlibat dalam pengundian itu yang membawa kepada kematian remaja terbabit.
"Macam mana netizen boleh tergamak buat undian tak masuk akal ini? Bayangkan kalau majoriti netizen memilih 'L' dalam undian itu, pastinya budak itu masih hidup sekarang," kata netizen.
Kepada individu yang berada dalam masalah atau perlukan berbual dengan seseorang boleh menghubungi Befrienders KL di talian 03-79568145, 04-2815161/1108 (Pulau Pinang), 05-5477933/7955 (Ipoh) atau emel kepada sam@befrienders.org.my
Sumber: Astro Awani
from The Reporter http://bit.ly/2LGeLZW
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Hlfnjv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment